Terkini  Popular    Mula Topik

Hubungan Dengan Mentua Perlu Baik, Mesra

2005-10-13 08:13:49
Oleh
KupuKupu
Oleh: Ir. Hjh. Endok Sempo Mohd Tahir

MUSLIHA (bukan nama sebenar) berkahwin dengan Abdullah (bukan namasebenar), pemuda pilihan hati. Abdullah adalah pemuda yang baik budi pekerti dan sangat menyayangi ibunya. Sebagai anak tunggal, beliau bertanggungjawab menjaga ibunya. Abdullah membawa isterinya untuk hidup sebumbung bersama ibunya yang juga amat dikasihi. Ibu Abdullah adalah wanita yang suka bercakap dan tindak tanduknyaseolah-olah menunjukkan beliau meminta perhatian sepanjang masa.

Musliha kadang kadang merasakan gelagat mentua memerintah suaminya tidakberpatutan. Beliau rimas dengan kelakuan mentuanya yang suka sangatmemberi komen dan mengadu mengenainya kepada suami Musliha. Apa yang dibuat oleh Musliha semuanya tidak kena. Hari demi hari Musliha tertekan. Beliau tidak menceritakan rasa hatinya kepada suaminya kerana bimbang suami akan terasa hati dan mengeruhkan hubungan mereka suami isteri.

Pada suatu hari Musliha berjumpa seorang doktor dan meluahkan perasaannya yang terbuku dan penderitaan emosi yang dialami selama ini. Doktor itu akhirnya bertanya kepadanya :

"Adakah kamu sangat bencikan ibu mentuamu?"

Musliha menjawab: Ya... sampai ke tahap tidak boleh tengok muka dia.Saya selalu terfikir untuk lari saja, tetapi apakan daya, saya sangat sayang kepada suami. Suami saya tidak akan meninggalkan ibunya yang sudah tua itu.

Doktor itu bertanya lagi: "Jadi apakah yang kamu mahu daripada ibumentua kamu? "Saya mahukan dia mati," balas Musliha.

"Kamu sanggup membunuhnya,? tanya doktor itu. "Kalau ada caranya dan saya tidak tertangkap dan tiada siapa yang tahu,"jawab Musliha. "Baiklah, saya ada satu cara, tetapi kamu mesti rahsiakan rancangan kita,?" kata doktor itu. "Terima kasih doktor, saya berjanji tidak akan menceritakan kepada sesiapa walaupun suami saya," balas Musliha dengan gembira.

"Kamu racun dia!" kata doktor itu memberi cadangan. "Tetapi racun boleh menampakkan kesan apabila dibedah siasat," kata Musliha. "Awak jangan bimbang, rancangan ini perlu dibuat dengan sangat berhati-hati dan mengambil masa yang lama, awak kena bersabar dengan kerja ini dan wajib bersabar dengan kerenah ibu mentua awak," kata doktor itu.

Doktor itu kemudian berkata :"Saya akan berikan sejenis tablet beracun yang akan memberi kesan secara sangat perlahan dan tidak ketara di mata orang lain. "Awak perlu membuat makanan yang paling digemarinya setiap hari. Kemudian masukkan tablet ini dalam setiap hidangan yang awak berikan kepadanya. Jangan timbulkan sebarang syak wasangka di matanya. "Kamu mesti mencipta kemesraan dengannya yang bukan dibuat-buat. Berilah tumpuan kepadanya dan dengarlah setiap keluhan dan rintihan hatinya. Jadilah pendengar yang baik satu jam saja sehari."

Selepas beberapa bulan berlalu, Musliha berjumpa doktor itu dengan muka yang cemas. "Doktor, bolehkah kita terbalikkan kesan tablet itu terhadap ibu mentua saya?" kata Musliha.

Doktor itu bertanya mengapa. "Saya sudah jatuh sayang kepadanya, ibu mentua banyak berubah, tidak membebel, tidak berleter lagi, malah dia sangat menyayangi saya. "Tolonglah doktor, saya tidak mahu kehilangannya. Bila-bila masa sajadia akan mati!" kata Musliha. "Jadi awak tidak mahu mentua awak mati?" tanya doktor. "Ya , doktor," balas Musliha.

"Sebenarnya ibu mentua awak berubah sebab awak berubah. Perubahan persepsi awak terhadapnya membuat dia berubah. "Tablet yang saya berikan awak dulu adalah vitamin bukan racun, sekaligus menyebabkan dia lebih sihat mental dan fizikal serta boleh berfikiran dengan lebih rasional. "Kemesraan awak dan menjadi pendengar yang baik kepadanya menimbulkan kasih sayang di hatinya. Jasa bakti awak membela dan menghidangkan makanan yang paling digemarinya itu membutakan matanya daripada melihat segala kelemahan awak, tiada apa yang perlu dia komen mengenai awak. Kaulah ratu hatinya!"

Benarkah hubungan mentua dan menantu boleh menjadi baik? Sebenarnya jawapan itu ada dalam diri kita. Semua isteri boleh menjadi seperti Musliha, begitu juga semua mentua boleh menjadi seperti ibu Abdullah. Ini kerana kita semua boleh mengubah persepsi jika mahu. Hubungan ini adalah hubungan dua hala, jika kita mahukan mentua baik kepada kita perlulah menjadi menantu yang baik dengan persepsi betul. Lumrah alam adalah `apa yang kita semai adalah apa yang kita tuai'.Tambahan pula ibu mentua kita adalah ibu kepada suami tercinta kita.

Antara kebaktian wanita Islam yang bijaksana dan keelokan pergaulan dengan suaminya ialah dia memuliakan, menghormati dan menghargai ibu suaminya (mentua). Wanita Islam yang sedar dan insaf dengan petunjuk agamanya mengetahui bahawa manusia yang memiliki hak yang paling besar terhadap lelaki ialah ibunya. Ini sebagaimana yang termaktub dalam hadis riwayat Ummul MukmininSaidatina Aisyah yang bertanya kepada Rasulullah saw: "Manusia manakah yang paling besar haknya kepada isterinya? Baginda bersabda: "Suaminya" Tanya beliau lagi: "Manusia manakah yang paling besarhaknya ke atas lelaki?" Baginda menjawab: "Ibunya."

Isteri solehah membantu suaminya berbakti dan memuliakan ibunya.Perbuatan dan sikap ini semuanya baik untuk dirinya kerana amal inimendatangkan pahala untuknya. Pahala kerana berbuat baik untuk suaminya.Pahala kerana membuat kebajikan terhadap mentuanya bertambah ketakwaannya kerana amalan soleh menyuburkan imannya.

Firman Allah bermaksud: "Bukanlah kebaktian itu semata-mata menghadapkan wajahmu ke timur dan barat tetapi kebaktian itu ialah beriman kepada Allah, hari akhirat, malaikat, kitab, Nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabat kerabatnya, anak anak yatim dan orang miskin,musafir, pengemis, (memerdekakan) hamba, mendirikan solat, menunaikan zakat, menepati janji apabila berjanji, sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan, mereka itulah orang orang yang benar(imannya) dan mereka orang bertakwa."- (Surah al-Baqarah, ayat 177)

Peperangan di sini termasuk berperang dengan hawa nafsu kita untuk mengubah persepsi terhadap ibu mentua kita. Hubungan kemesraan, kasih sayang, saling menghormati antara isteridengan ibu suaminya dan keluarganya, adalah perkara paling menyejukkan hati suami. Sebaliknya perkara yang paling dibenci oleh seorang suami ialah terputus dan hancurnya ikatan ini, terbitnya unsur `kejahatan',permusuhan, kebencian dan dengki antara kedua-duanya.-
"Siapalah aku di sisi MU ya Allah"

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my