Terkini  Popular    Mula Topik

Amalan Ziarah Eidulfitri - Contohi Protokol Rasulullah Saw

2006-10-18 09:51:31
Oleh
adzli
Assalamualaikum wbt.Dalam kita menyambut Hari Raya yang penuh kegembiraan ini, kita sebagai umat Islam hendaklah menyambut mengikut ajaran-ajaran agama Islam seperti amalan berziarah kerana perbuatan tersebut digemari dan disyariatkan dalam Islam. Telah menjadi kelaziman, apabila menyambut Eidulfitri, kita akan mengadakan rumah terbuka dengan tujuan menjamu tetamu yang datang. Di dalam menghadiri sesuatu majlis seumpama Majlis Rumah Terbuka Sempena Hari Raya, Rasulullah s.a.w telah mengajarkan kepada umatnya beberapa protokolberikut: 1. Memberi salam ketika masuk majlis, seperti hadis baginda:"Sesungguhnya sebaik-baik manusia disisiAllah ialah sesiapa yang memulakan salam" (HR Muslim)2. Berjabat tangan dengan orang yang ditemui di dalam majlis, bersesuaian dengan sabda baginda:"Tidak ada dua orang Muslim yang bertemu, lalu saling berjabatan tangan, kecuali kedua-duanya diampuni Allah sebelum keduanya berpisah"(HR Ibn Majah)3. Duduk ditempat yang telah disediakan/dikhaskan, seperti samda Nabi: "Sesiapa yang memasuki majlis sesuatu kaum, hendaklah dia duduk ditempat yang telah disediakan kerana kaum itu (tuan rumah) lebih mengetahui aib rumah mereka"(HR Muslim)Setiap Mukmin itu adalah bersaudara. Kekukuhan tali persaudaraan itu perlu dijaga dan salah satu cara yang boleh dilakukan bagi memperkukuhkan tali persaudaraan itu ialah dengan amalan ziarah-menziarahi dan kunjung-mengunjungi antara satu sama lain sebagaimana yang dilakukan semasa menyambut Eidulfitri. Melalui ziarah-menziarahi dan saling bermaaf-maafan akan melahirkan sifat hormat-menghormati dan sayang-menyayangi sesama kita. Islam adalah agama yang serba lengkap dan sempurna yang menganjurkan umatnya supaya bersifathormat-menghormati, berperibahasa dan memberikan layanan kepada tetamu dengan baik, kerana meraikan tetamu itu boleh membawa rahmat dan Allah akan memberikan ganjaran yang besar dan banyak untuk mereka. Menghormati tetamu adalah suatu kewajipan ke atas setiap Muslim, oleh itu kita hendaklah melayan mereka mengikut sepatutnya selagi tidak bercanggah dengan ajaran Islam, di antaranya menyambut kedatangan tetamu gembira serta wajah yang manis berseri sambil bertanya khabar berita dan menyajikan hidangan yang termampu oleh kita, bukan dengan membazir dan berbangga-bangga dan apabila tetamu hendak pulang, eloklah mereka dihantar hingga ke pintu rumah serta mengiringinya dengan doa. Jika menyambut tetamu ada dengan adab-adabnya, maka sebagai pengunjung pula, ada juga adab-adabnya, antaranya memberi salam terlebih dahulu dan bersalaman dengan orang yang dibolehkan oleh syarak sahaja, kerana adalah haram bersalaman dengan yang bukan muhrim. Waktu berziarah pula biarlah sesuai dan jangan duduk terlalu lama, pandangan juga hendaklah dikawal dan dijaga serta menggembirakan tuan rumah dengan kata-kata yang manis dan baik. Selamat Hari raya Aidilfitripohon kemaafan dari semua warga MMAllahuakbar, Allahuakhbar, Allahuakhbar.Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my