Terkini  Popular    Mula Topik

Umrah 2007

2007-02-21 03:42:54
Oleh
naasiha
Assalaamu`aalaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. , Terlebih dahulu saya minta maaf kepada semua sekiranya message ini mengganggu anda. Tujuan saya menghantar message ini ialah untuk memberitahu tentang ibadah , beribadah sambil melihat kesan peninggalan umat silam yang telah dihancurkan ALLAH. Firman ALLAH : " Apakah mereka tidak mengembara diatas muka bumi ini , melihat azab yang telah menimpa umat yang telah mendustakan kekuasan ALLAH " .Alhamdulillah, setiap tahun saya mengerjakan `umrah sambil mengembara ketempat lain. - Tahun 1994 `Umrah /Jordan.( Cuti sekolah 14 hari – Peak Season , 15 hari – 2 malam di Amman, Jordan ) . Jumlah jemaah 15 orang dan harga pakej 3200 RM.- Tahun 1995 `Umrah /Jordan/Baitul Maqdis ( 18 Hari - 1 malam di Amman, Jordan, 2 mlm Baitul Maqdis ) . Jumlah jemaah 14 orang dan harga Pakej 3800RM .- Tahun 1996 `Umrah /Jordan/Baitul Maqdis 15 hari ( tak puas pergi sekali ke Baitul Maqdis lebih-lebih lagi ianya tempat suci yang ketiga selepas Makkah dan Madinah ). Jumlah jemaah 11 orang dan harga Pakej 3600 RM- Tahun 1997 `Umrah / Beirut,Lubnan ( 14 hari ). Jumlah jemaah 6 orang dan harga pakej 3300 RM ( Sekarang kapal terbang Lubnan tidak lagi beroperasi diKuala Lumpur ).- Tahun 1998 `Umrah /Istanbul . Jumlah jemaah 9 orang dan harga Pakej 3600 RM - Tahun 1999 tak dapat pergi kerana tak ada rezki. Semuanya ALLAH yang tentukan.- Tahun 2000 `Umrah / Istanbul/ Mesir. ( 18 hari – 2 hari Istanbul dan 4 hari di Kaherah ).Tak puas melawat Istanbul pada kali yang pertama. Jumlah jemaah 8 orang,harga Pakej 4000 RM.- Tahun 2001 tak pergi kerana tiada rezki.- Tahun 2002 `Umrah / Dubai ( cuti sekolah 14 hari – Peak Season ) Jumlah jemaah 11 orang dan harga Pakej 3300 RM.- Tahun 2003 `Umrah/Dubai ( 15 hari ). Jumlah jemaah 7 orang dan harga Pakej 3500 RM . - Bulan March 2004 , saya pergi ke Beijing, China selama 9 hari.- Bulan Jun 2004 `Umrah/ Bahrain ( cuti sekolah 14 hari – Peak Season ). Jumlah jemaah 10 orang dan harga Pakej 3500 RM. Pada awal Ramadhan pula `Umrah dengan pesawat MAS selama 15 hari. Oleh kerana naik MAS maka kami hanya ke Makkah dan Madinah sahaja. Jumlah jemaah 7 orang dan Harga pakej 4000 RM ( peak season ).- Bulan Jun 2005 `Umrah / Berunai ( 15 hari ). Jumlah jemaah 23 orang dan harga Pakej 3600RM- Tahun 2006 `Umrah /Abu Dhabi ( 15 hari ) . Jumlah jemaah 25 orang. Harga Pakej 4100 RM, dan cuti sekolah Jun 2006 ( 14 hari ) . Jumlah jemaah 9 orang dan harga Pakej 4300 RM ( Peak season ).Untuk pengetahuan semua belanjanya tidak mahal kalau nak dibandingkan pergi melalui agensi. Kalau pergi ramai harganya lagi murah.Walau bagaimana pun semua telah maklum bahawa harga tiket semakin naik walau pun harga minyak dipasaran dunia dah turun.. Pada tahun ini, insha` ALLAH dalam bulan April atau Mei atau kedua-duanya sekali saya bercadang untuk mengerjakan `umrah dan seterusnya lawatan ke Jordan atau Syria atau ke negara `Arab yang lain selama 2 minggu. Saya belum buat keputusan lagi nak ziarah ke mana selepas selesai `umrah kerana nak lihat cadangan jemaah dahulu. Ada beberapa tempat yang dicadangkan seperti Kaherah, Istanbul, Jordan, Syria atau ke tempat yang lain. Sekiranya ke Jordan , kalau ada rezki boleh menziarahi Al Masjidil Aqsa, iaitu tanah suci Islam yang ketiga selepas Makkah dan Mdinah. Jangan bimbang ! Insha` ALLAH pergi ke Baitul Maqdis ini selamat kerana Baitul Maqdis adalah sebuah daerah dan AL Msjidil Aqsa termasuk dalam daerah Baitul Maqdis. Ada pun tempat berlakunya konflik ianya jauh dari Al Masjidil Aqsa . Lawatan ke Baitul Maqdis juga tertakluk kepada kelulusan, sekiranya keadaan tidak aman kerajaan Jordan tidak benarkan kita memasukinya awal-awal lagi . Sebab itulah saya katakan kalau ada rezki kerana bukan semua orang yang masuk Jordan boleh melawat Baitul Maqdis, ianya tertakluk kepada kelulusan kerajaan Jordan. Kalau tak dapat melawat Baitul Maqdis kita melawat sekitar `Amman , Jordan seperti laut mati, Gua Ashaabul kahfi, maqam Nabi Shu`ib ( Wallaahu `aa`lam ) , Roman Amphiteater dan lain-lain tempat lagi. Sekiranya ada cadangan nak melawat Dimasq ( Damshiq ), Syria bagus juga kerana Damshiq merupakan satu destinasi yang penting , ianya pernah menjadi pusat pemerintahan Bani Umayyah selepas pemerintahan Al Khulafa` Ar Raashidin . Banyak kesan peninggalan zaman silam dan kesan Bani Umayyah yang terdapat diDamshik. Dari Amman, Jordan ke Damshiq hanya 2 jam perjalanan dengan bas dan rakyat Malaysia tidak perlu mohon visa memasuki Jordan dan Syria.Walau bagaimana pun lawatan ke Baitul Maqdis atau Damshik, Syria ini diatas perbelanjaan sendiri. Saya tak tahu lagi berapa bayarannya kerana urusan ke Baitul Maqdis dibuat setelah kita sampai diJordan . Begitu juga lawatan ke Syria, tetapi saya anggarkan dalam 500 RM. Ada pun lawatan ke Jordan , harganya termasuk dalam harga pakej yang akan ditentukan selepas dapat harga tiket dari airlines nanti.Harga Pakej tak dapat ditentukan lagi kerana pihak airlines belum keluarkan harga lagi. Mungkin anda semua lihat didalam akhbar pihak travel agensi telah pun mempamirkan harga pakej masing-masing. Namun demikian , saya perlu beritahu bahawa itu hanyalah anggaran sahaja , bukan harga sebenar. Sekiranya harga naik lagi besar kemungkinan harga akan diubah semula oleh pihak travel agensi.Harga pakej saya rasanya yang termurah kerana saya sendiri yang uruskan semuanya seperti urusan penginapan, makanan ( 3 kali sehari , termasuk air panas dan sejuk 24 jam ). Saya sendiri yang akan menjadi travel guide. Kalau pergi dengan agensi , mereka akan contact rakan-rakan saya di Makkah dan Madinah. Jadi saya terus direct dengan mereka disana. Oleh itu kosnya murahlah . Jangan bimbang ya ! Saya tinggal 6 tahun disana semasa belajar dahulu. Saya hanya dapat pergi ke Makkah sewaktu cuti semester sahaja kerana Saya bekerja sebagai seorang pensyarah disalah sebuah IPT. Saya dapat kendalikan sendiri kerana pengalaman saya sewaktu belajar di Madinah dari akhir tahun 1979 hingga 1985. Saya mempunyai banyak pengalaman semasa disana, termasuk pengalaman mengendalikan kebajikan jemaah haji , mencari jemaah haji yang sesat , cara nak berkomunikasi dengan tok `Arab yang kasar dan lain-lain lagi. Diantara pengalaman sayang tak dapat dilupakan ialah mencari jemaah yang hilang. Ada diantara jemaah yang hilang tak dapat dikesan oleh pihak tabung haji tetapi saya ada cara yang tersendiri untuk mengesanya sehingga saya dapat menemui mereka yang sesat ini. Setelah saya kembali ke Malaysia tahun 1985, saya hanya dapat megerjakan umrah pada tahun 1989 , iaitu dalam perjalanan untuk menyambungkan pelajaran ke Sudan. kemudian pada tahun 1994 saya mula membawa jemaah . Ketika itu saudara-mara dan sahabat berhasrat nak mengerjakan `umrah. Apabila mereka beritahu saya, terlintas untuk menolong mereka kerana dari pengalaman saya, ramai jemaah haji dan `umrah melakukan kesalahan ketika mengerjakan haji dan `umrah. Saya terfikir kenapa nak biarkan mereka pergi dengan travel agen ,yang mana setahu saya semenjak saya masih belajar disana, pihak travel agen akan serahkan kepada wakil di sana, iaitu orang melayu Malaysia, Indonesia atau Patani yang tinggal disana. Sewaktu ziarah pula wakil ini akan cari seorang tour guide untuk memberi penerangan kepada jemaah . Saya juga pernah menjadi tour guide semasa belajar disana dahulu. Yang jadi masalahnya, selalu juga pelajar sibuk , jadi wakil disana akan cari siapa sahaja yang boleh jadi tour guide. Olih itu mungkin penerangan yang disampaikan itu salah. Kita tak tahu samada mereka mempunyai pengetahuan tentang amalan haji atau `umrah. Ada yang tinggal disana kerana bekerja sendiri tetapi mengaku belajar. WALLAHU `AA`LAM.Selama hampir 6 tahun belajar di Universiti Madinah, saya terlibat secara langung dengan urusan haji dan `umrah . Saya pernah diambil oleh Tabung Haji dan ditempatkan di zon atau maktab ( pejabat ) , saya juga pernah berkhidmat dibahagian hospital .Setiap hari saya akan berulang alik dari pejabat tabung haji dan hospital-hospital diMadinah meninjau jemaah haji Malaysia sekali gus menjadi perantara diantara pejabat tabung haji dengan hospital-hospital diMadinah. Saya juga pernah menjadi Tour Guide dengan berbagai-bagai syarikat di Malaysia termasuk Syarikat MAS sewaktu musim `umrah.Sebenarnya tidak ramai orang ikut saya ( sila lihat jumlah jemaah yang saya catitkan diatas ). Walau pun jemaah yang ikut sedikit tetapi sekiranya saya nak pergi saya tak kisah samada jemaah ramai atau sedikit kerana saya tak fikirkan sangat soal keuntungan. Selalunya saya tak dapat percuma ( saya pun kena keluar duit juga ) kerana jemaah tak ramai. Sebelum ini saya hanya pergi setahun sekali sahaja kecuali dalam tahun 2004 saya dapat pergi 2 kali iaitu bulan Jun dan bulan puasa. Sebelum bulan puasa saya tak dapat lagi taqwim semester lagi . Selepas saya pulang `umrah barulah taqwim keluar dan saya dapati bulan puasa dalam tahun tersebut cuti. Jadi. saya pun pergi sekali lagi kerana nak rebut pahala besar dalam bulan puasa. Dalam hayat saya , hanya 2 kali sahaja saya berpuasa di Makkah dan Madinah. Walau pun saya pernah belajar di Madinah dahulu tetapi pada ketika itu ( tahun 80-an ) Ramadhan dalam musim panas dan kami diberikan cuti selama 4 bulan serta diberikan tiket untuk pulang ke tanah air. Oleh itu setiap tahun saya berpuasa di tanah air dan datang balik ke madinah sebelum bulan Dzulhijjah kerana nak mengerjakan haji. Hanya tahun 1985 apabila saya tamat belajar, barulah saya dapat berpuasa di sana dan saya pulang pada 15.9.1985, selepas selesai mengerjakan haji. Dalam bulan puasa tahun 2004, saya kena bayar penuh , sama dengan jemaah bayar pada saya . Pada ketika itu yang ikut saya hanya kawan- kawan yang jumlahnya 7 orang sahaja. Saya pun kena bayar penuh sama dengan jemaah bayar pada saya walau pun saya sendiri yang mengendalikan semua urusan sejak dari Malaysia lagi hingga ke sana.. Saya ambil dengan jemaah 4000RM . Travel agensi pass kan orangnya 4 orang tetapi tidak beri apa-apa kepada saya . Travel ini hanya beri kepada saya wang penginapan dan makan sahaja untuk jemaahnya yang seramai 4 orang itu. Saya tak kisah kerana matlamat saya nak beribadah dan membimbing jemaah melakukan cara `umrah mengikut sunnah Nabi Sallallaahu `alaihi wasallam. Kalau jemaah ramai mungkin dapat cover tetapi oleh kerana jemaah saya sedikit dan saya ambil murah pula , ini menyebabkan saya tak dapat nak cover, lebeh-lebeh lagi harga hotel melambung tinggi dalam bulan puasa. Jemaah tahu yang saya pun kena bayar macam mereka kerana mereka tanya harga pakej jemaah dari travel agensi lain yang tinggal satu hotel dan naik pesawat yang sama ( naik MAS ). Jemaah saya terkejut kerana harga pakej travel agensi jauh lebeh mahal dari saya sedangkan jumlah mereka lebeh 40 orang. Oleh itu mereka nak beri wang lagi kepada saya kerana kasihan melihat saya letih mengurus sedangkan saya tak ada untung langsung, tetapi saya tak mahu terima kerana saya bersyukur kepada ALLAH dapat mengerjakan `umrah dalam bulan puasa. Saya terpaksa berhutang dengan ayah saya 3000RM untuk pergi umrah pada bulan Ramadhan itu kerana pada pandangan saya bukan senang nak pergi bulan Ramadhan kerana kami selalu ada kelas dalam bulan Ramadahan.Di Makkah, jemaah saya yang seramai 12 orang ( termasuk saya dan 4 orang yang travel agensi tumpangkan ) menaiki bas yang sama dengan rombongan 35 orang dari sebuah agency di Johor untuk melawat persekitaran Makkah.Bas penuh sesak ketika itu. Sepatutnya saya menaiki bas yang saya sewa sendiri tanpa bercampur dengan orang lain tetapi oleh kerana consortium ( muassasah ) disana nak untung maka dicampurkanlah kami dengan rombongan lain. Saya boleh berkeras dan melaporkan kepada kementerian Haji Arab Saudi tetapi saya tak mahu melakukan demikian kerana memandangkan bulan puasa yang mulia. Tahun 2003 dulu saya pernah gertak ( acah saja ) nak laporkan kepada kementerian Haji Arab Saudi , apa lagi wakil konsortium merayu-rayu saya dan diberinya bas yang besar kepada rombongan saya yang hanya berjumlah 11 orang sahaja.Berbalik kepada cerita tadi ketika bas nak bertolak saya hanya berdiam diri tak mahu tampil ke depan kerana maklumlah saya sedar rombongan saya hanya 12 orang sedangkan mereka 35 orang, sudah tentu mereka ada tour guide sendiri , tetapi apabila saya tak nampak seorang pun yang maju kedepan lantas saya pun mengambil mikrofon dan tanya siapakah ketua rombongan dari Johor tadi, kemudian tampil seorang haji ( rombongannya panggil dia ustaz dan memang orang panggil ketua rombongan `umrah sebagai ustaz walau pun dia bukan ustaz - senang dapat title ustaz ya, bawa rombongan `umrah, orang akan panggil ustaz atau ustazah ?? ). Saya hulurkan microphone kepadanya minta dia jadi tour guide tetapi dia jawab tak tahu nak cakap apa. Katanya tour guide rombongannya ( orang yang tinggal di Makkah ) ada hal dan tak dapat datang. Saya rasa kasihan kepada jemaah itu lalu saya bertindak menjadi tour guide. 7 orang jemaah sayaadalah ustaz-ustaz lecturera dari UM dan UIA. Kalau saya nak terangkan kepada mereka pun cukuplah secara ringkas sahaja tetapi kerana kasihankan jemaah yang ramai itu saya terpaksa berikan penerangan dengan panjang lebar. Untuk pengetahuan semua, ramai orang yang membawa jemaah berumrah dan Kebanyakan travel agensi hanya mengharapkan wakil di Makkah dan Madianh untuk menguruskan jemaah. Sekiranya tidak berlaku kes seperti diatas tak lah jadi masalah tetapi kalau berlaku memang jadi masalah besar. Sebenarnya dah 3 kali saya alami peristiwa yang sama sebelum ini, tidak termasuk kes-kes yang berlaku kepada jemaah lain yang banyak saya tolong selesaikan. Tak payahlah saya sebut disini, kalau nak tahu juga saya boleh ceritakan nanti.Kasihan jemaah ya ! Tujuan saya bawa cerita ini ialah untuk mengingatkan kepada semua kalau kita nak pergi `umrah seboleh-olehnya pergilah dengan orang yang pernah belajar disana kerana dia tahu selok belok disana lebeh-lebeh lagi ramai ketua rombongan ( termasuk ustaz-ustaz dan ada yang hafiz ) yang memimpin jemaah `umrah melakukan perkara yang salah semasa mengerjakan `umrah. Kita dah habiskan wang yang banyak untuk `umrah , maka sudah tentu kita inginkan ibadah yang sempurna.Pada tahun lepas , Alhamdulillah saya dapat mengerjakan `umrah dua kali juga , kali pertama dari 5.5.2006 hingga 18.5.2006 seramai 23 orang jemaah dengan harga pakej 4100RM. Oleh kerana ada lagi orang nak pergi tapi tak sempat kerana mereka beritahu saya lambat, maka saya suruh mereka tunggu saya pulang untuk mengendalikan urusan . Setelah saya siap buat urusan, Alhamdulillah saya berangkat untuk kali kedua dari 13.6.2006 hingga 27.6.2006 ( Cuti sekolah 14 Hari – peak season ) seramai 9 orang sahaja tetapi travel agensi hantar jemaah dia seramai 7 orang . Jadi jumlahnya 16 orang .Apabila saya nak mengerjakan `umrah, biasanya kawan-kawan, jiran dan orang kampung akan tanya kerana nak tumpang sama.Walau pun jemaah saya tak ramai, namun begitu travel agent tempat saya beli tiket selalu kirim jemaah melalui saya .Ini bermakna mereka ini dah jadi jemaah saya tanpa saya menerima bayaran yang setimpal sebab ada travel agen yang beri saya 100 RM untuk setiap seorang jemaah mereka, dan ada yang hanya beri 50 RM untuk seorang. Hanya sekali sahaja yang beri 200 RM untuk setiap jemaah. Bayangkan saya nak jaga manusia yang bukan semua nya satu kepala. Travel agen ni dapat untung banyak kerana mereka tak perlu hantar jemaah yang melibatkan kos yang tinggi . Olih itu kirim sahaja kepada saya ,ejen ni dapatlah untung banyak .dan saya pun sanggup bawa , saya tak kisah kerana tujuan saya untuk berdakwah dan berkhidmat kerana ALLAH. Satu perkara lagi nak diterangkan ialah kalau kita pergi ramai kosnya lebeh murah lagi. Untuk maklumat anda kenapa saya beria-ria sangat mengajak orang pergi `umrah dengan saya . Selain dari tujuan untuk berdakwah dan membimbing jemaah supaya melakukan umrah dengan cara yang betul mengikut cara yang dilakukan Nabi sallallahu `alaihi wasallam ada satu lagi sebab, iaitu berkaitan dengan travel agensi.Sejak saya mula membawa jemaah ber`umrah, dah 10 kali saya bertukar egensi untuk membeli tiket. Saya ada senarai egensi yang di black list oleh caterer di Makkah dan Madinah . Kebanyakan caterer di Makkah dan Madinah itu kawan-kawan saya . Mengapa egensi2 ini di black list ? Sebab tak bayar wang makan. Ada egensi yang tak bayar 100000 Saudi Rial . Tahun lepas, salah seorang kawan saya ( caterer ) pulang ke Malaysia dari Makkah menjejaki travel agensi yang berhutang dengannya sebanyak 30000 rial. Dalam hal ini jemaah tidak salah kerana diMalaysia lagi mereka telah membayar harga penuh kepada travel agensi dan ini termasuk wang makan serta hotel tetapi banyak egensi tak membayar wang makan kepada caterer diMakkah dan Madinah. Dalam erti kata lain anda bayar harga pakej penuh kepada egensi untuk ber`umrah tetapi egensi inilah yang tak bayar kpd Caterer di Makkah dan Madinah. Mungkin pada mulanya egensi ini berhutang kerana nak pusing duit atau modal tetapi lama kelamaan hutang yang tertunggak menjadi banyak dan agak berat nak membayarnya. Caterer2 ini pula tak sampai hati tak beri makan kepada jemaah `umrah kerana mereka tahu jemaah dah bayar kepada egensi. Inilah yang selalu berlaku.tetapi jemaah tidak tahu hal ini. Alhamdulillah saya amat bersyukur kepada ALLAH kerana memberi kesempatan kepada saya untuk mengerjakan haji sebanyak 6 kali dan `umrah entah, tak tahu berapa banyak. Ini berlaku sewaktu saya dihantar ALLAH melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Madinah. Pada akhir tahun 1979, sebelum saya mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke Madinah, ramai orang termasuk rakan-rakan yang meminta saya berfikir banyak kali untuk melanjutkan pelajaran ke sana , kerana pada ketika itu kerajaan Malaysia tidak mengiktiraf sijil dari Universiti Islam Madinah dan universiti- universiti di Arab Saudi. Kata mereka : " Engkau balik nanti nak kerja apa kerana sijil tidak diiktiraf , lebih baik engkau sambung belajar ke Univrsiti al Azhar, Mesir , Universiti Kuwait dan lain- lain yang diiktiraf . " Saya jawab : " Saya ingin menuntut ilmu kerana ALLAH dan tidak ada niat langsung untuk bekerja makan gaji setelah tamat belajar nanti dan saya yakin ALLAH akan memberi rezki kepada saya kerana niat ikhlas didalam menuntut ilmu. Saya ingin berjiran dengan Nabi Sallallaahu `alaihi wasallam , bersolat di Masjid Nabi dan mengerjakan haji setiap tahun serta dapat mengerjakan `umrah . Bagi saya belajar di Madinah lebih baik dari tempat-tempat lain kerana banyak kelebihannya ".Dengan kuasa ALLAH, 2 minggu sebelum saya pulang ke Malaysia ( saya pulang pada 15.9.19850 ) , kerajaan Malaysia telah mengiktiraf lulusan Universiti Islam Madinah setarf dengan Universiti- universiti tempatan. Ini bermakna lulusan Madinah lebih tinggi dari Universiti al Azhar kerana lulusan BA kepujian dari Universiti al Azhar diiktiraf setaraf dengan BA tanpa kepujian ( ijazah am ) dari Universiti-universi ti tempatan. Hanya beberapa tahun kebelakangan ini barulah ijazah Universiti al Azhar diiktiraf setaraf dengan Univversiti- universiti tempatan.. Inilah kuasa ALLAH . Saya amat bersyukur kepada ALLAH diatas nikmat-NYA. Sekembali saya ke Malaysia, saya dapat kerja di salah sebuah IPT.Selama lebih kurang 6 tahun belajar di Madinah, amat banyak pengalaman yang dapat saya timba terutamanya yang berkaitan dengan haji dan `umrah , membimbing jemaah haji dan `umrah , menghantar jemaah yang sesat , cara nak berkomunikasi dengan Tok Arab dan lain- llain pengalaman lagi yang tidak mungkin dapat dibeli dengan wang ringgit.. Biasnya 2 atau 3 bulan sebelum jemaah haji sampai kami akan membuka kitab-kitab berkaitan dengan haji dan `umrah dan mempelajarinya secara mendalam kerana memang kami sentiasa menjadi rujukan jemaah. Oleh itu sehingga sekarang saya masih lagi tidak lupa hal-hal yang berkaitan dengan haji dan `umrah, insha` ALLAH. .Sewaktu saya masih lagi menuntut di Universiti Islam Madinah, Arab Saudi ( tahun 1979-1985 ) , saya dapati ramai jema`ah melakukan kesilapan sewaktu mengerjakan haji dan `umrah..Saya telah sedaya upaya menerangkan dan memberi tunjuk ajar kepada mereka agar tidak menjadi pak turut kepada orang-orang jahil sewaktu mengerjakan `ibadah yang suci ini. Kemudian , setelah saya pulang ke tanah air tahun 1986 , saya tidak lagi berkesempatan mengerjakan haji atau `umrah kecuali pada tahun 1989 dalam perjalanan ke Sudan untuk menyambungkan pelajaran.Mulai tahun 1994 C???I ??? saya diberikan kesempatan oleh ALLAH untuk mengerjakan `umrah tiap-tiap tahun atau 2 tahun sekali. Pada mulanya saya menyangka jemaah dari Malaysia tidak lagi melakukan kesalahan yang ketara ketika mengerjakan haji dan `umrah kerana ramai penganjur dan trvel agensi yang menguruskan urusan haji dan `umrah , tetapi sangkaan penulis meleset. Ramai orang , khususnya dari Malaysia melakukan kesilapan ketika mengerjakan `umrah . Saya kasihan melihat mereka ini . Namun demikian sebenarnya mereka tidak boleh dipersalahkan dan insha` ALAAH `umrah mereka diterima ALLAH . Yang patut dipersalahkan ialah pembimbing yang membawa mereka dari Malaysia . Biasanya pembimbing ini dipanggil ustaz walau pun mereka tidak mempunyai pengetahuan agama yang mendalam. Ada yang beberapa kali mengerjakan haji atau `umrah , sudah menjadi pembimbing dan apabila jemaah menanyakan masalah-masalah berkaitan `umrah mereka cuba menjawab, kalau tak jawab terasa malu pula kerana orang panggil ustaz.Ada juga diantara pembimbing atau syarikat travel agensi menyerahkan urusan berkaitan haji dan `umrah kepada wakil di Makkah dan Madinah. Wakil mereka pula bukan semuanya mahir dalam `ibadah haji dan `umrah, mereka pun ikut orang ramai buat ( Pak Turut ). Dengan ini ramai jemaah yang buat kesilapan kerana mengikut pembimbing ( pembimbing juga pak turut ) atau Mutawwif. Dalam message ini saya berikan 2 contoh yang berlaku pada tahun 2004 ( cuti sekolah ), ketika saya mengerjakan `umrah. Kawan isteri saya nak mengerjakan `umrah dan isteri saya mengajaknya pergi bersama., puas dia pujuk suaminya pergi dengan saya dan saya juga menyatakan kepada suaminya tentang pengalaman saya, namun begitu suaminya nak pergi dengan wakil travel agensi yang mem promote kan umrah di tempat kerjanya. Jemaahnya lebih 50 orang. Saya katakan kepadanya bahawa mengikut pengalaman saya yang dah banyak kali pergi ke Makkah pada waktu cuti sekolah, amat sukar nak dapat seat kapal terbang lebih-lebih lagi jemaah yang ramai ( Alhamdulillah jemaah saya tidak pernah tergendala ) . Dia berkeras menyatakan bahawa travel agensi itu kata ada seat. Saya kata bahawa travel agensi kata begitu kerana mereka takut kita lari ke travel agensi yang lain dan inilah yang selalu berlaku. Oleh kerana dia terlampau percaya kepada agensi itu saya tak dapat nak berbuat apa-apa. Mengikut jadualnya dia bertolak dahulu daripada saya tetapi akhirnya saya dan jemaah saya seramai 10 orang ( termasuk saya ) bertolak ke Makkah sedangkan dia belum bertolak lagi kerana ditunda keberangkatan beberapa kali. Dia lewat 3 hari dari saya. Di Makkah kami bertemu dengannya dan dia menceritakan kesukarannya kerana banyak kali transit, ada diantara jemaah itu terkandas di Yaman kerana tiket tak confirm menyebabkan terpaksa naik bas ke Saudi. Dia terkejut melihat penginapan saya di Hira` Palace kerana katanya dia tinggal di tempat yang tidak selesa sedangkan bayaran pakejnya 300 RM mahal dari saya . Dia tanya samada sya dapat untung atau tidak kerana jemaah saya hanya 10 orang sahaja ,termasuk saya dan isteri. Saya katakan bahawa saya lebih utamakan `ibadah dan mengajar cara yang betul mengerjakan `umrah. Kemudian dia berangkat ke Jedah 2 hari sebelum saya . Ini bermakna pakej travel dia hanya 10 hari sedangkan janjinya 2 minggu. Tiba-tiba pada malamnya dia dating ke tempat saya , mengatakan mereka balik semula ke Makkah kerana tiket tak dapat confirm. Dia kata ustaz dan ustazah yang membimbing mereka menyuruh membayar dam seekor kambing kerana mereka sudah pun mengerjakan tawaf wada` ( yang benar sebutannya ialah wada` , bukan wida` ) . Saya suruh dia beritahu jemaahnya supaya jangan menbayar dam , apabila keluar dari Makkah nanti hendaklah sekali lagi mengerjakan tawaf wada`.Satu kes lagi yang berlaku dihadapan mata saya sendiri, iaitu berkaitan dengan seorang ustaz hafiz al Qutan. Ustaz ini dahulunya selalu berceramah di TV , sekarang saya tak tahu sebab jarang menonton TV. Ustaz yang hafiz ini membawa jemaah yang ramai setiap kali mengerjakan umrah dan dalam setahun dia pergi beberapa kali dengan jemaah yang ramai pula. Maklumlah seorang yang terkanal . Dia dan jemaahnya naik satu kapalterbang dengan saya . Jemaahnya 100 orang lebeh, hamper separuh kapalterbang. Di Makkah mereka tinggal berhampiran dengan saya. Sewaktu mengerjakan `umrah saya terkejut bila melihat cara ustaz ini mengerjakan umrah kerana beliau telah melakukan kesalahan dan diikuti oleh jemaahnya pula. Sepatutnya ustaz ini tak bolehlah sama seperti orang lain yang jadi pak turut orang-orang yang jahil. Kenapakah sebelum mengerjakan umrah dia tidak merujuk kepada kitab-kitab yang muktabar. Seseorang yang menjadi ikutan orang ramai wajib membaca kitab-kitab yang muktabar yang dikarang oleh ulama besar zaman silam dan tidaklah memadai dengan hanya membaca buku-buku berkaitan haji dan `umrah yang banyak dijual dikedai-kedai buku yang melambak dipasaran, kerana seseorang ustaz mestilah boleh mengemukakan dalil-dalil yang meyakinkan. Ada pun buku-buku yang banyak dijual dikedai berkaitan haji dan umrah tidak banyak mengemukakan dalil-dalil sehingga kadang- kadang kita tak tahu dari mana dia mengambil rujukan. Pada pandangan saya sekiranya ustaz yang hafiz tadi membaca kitab-kitab yang muktabar sudah tentu dia tidak melakukan kesalahan sewaktu mengerjakan umrah tetapi mungkin dia tak ada masa kerana sibuk dengan program ceramah .Ini hanyalah dua contoh sahaja yang saya sebutkan. Banyak lagi yang berlaku , yang mana kalau saya tuliskan semuanya disini jadi letih pula anda membacanya. Oleh itu, berdasarkan kepada apa yang saya kemukakan tadi , wajiblah penganjur-penganjur dan syarikat-syarikat travel agensi yang menguruskan jema`ah haji dan `umrah supaya benar-benar mempelajari hal-hal yang berkaitan dengannya secara mendalam dan janganlah hanya mementingkan komersial sahaja. Pembimbing dan penganjur akan disoal ALLAH di hari Akhirat nanti. Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini , sepanjang mengerjakan `umrah , saya dapati penganjur `umrah lebih suka menyerahkan urusan `umrah kepada wakil-wakil mereka di Makkah dan Madinah. Mungkin mereka sangka wakil-wakil ini mahir dalam urusan haji dan `umrah kerana sudah lama bermastautin di Makkah. Ini adalah kesilapan yang besar kerana bukan semua yang bermastautin di Makkah memahami betul-betul masalah ini. Ada diantara mereka yang hanya menjadi " Pak Turut " orang-orang Arab sahaja dan ada juga diantara mereka yang mengaku menuntut di tanah suci Makkah atau Madinah, sedangkan mereka tidak belajar semasa di sana. Penulis menerangkan ini semua berdasarkan pengalaman semasa menuntut di Tanah Suci dahulu. Oleh itu diharap penganjur `umrah benar-benar teliti dan mengambil tahu latar belakang Mutawwif ( Pembimbing ) ketika di Tanah Suci agar jema`ah mereka dapat mengerjakan `umrah dengan sempurna dan seterusnya mendapat `umrah yang diterima ALLAH. Kita hendaklah sentiasa bersyukur kepada ALLAH yang telah memberikan taufiq dan hidayah kepada kita sehingga dengan berbekalkan iman yang teguh kita telah dapat mencari penentuan hidup yang diredhai ALLAH . Kita wajib bersyukur sekiranya dipilih ALLAH menjadi tetamu-NYA , dengan mengunjungi Baitullah untuk mengerjakan haji dan `umrah. Mudah-mudahan `ibadah haji dan `umrah yang akan dikerjakan menjadi satu `ibadah yang boleh memberikan pengajaran dan pedoman untuk meningkatkan iman dan amal kita , seterusnya menuju jalan yang diredhai C??? untuk kebahagiaan di dunia dan akhirat.`Ibadah haji dan `umrah selain daripada berfungsi menyucikan dosa , ia juga merupakan bekalan yang tepat menuju akhirat setelah sekian lama kita hidup di dunia yang fana` ini. Sesungguhnya mereka yang sanggup berkorban harta benda, wang dan jiwa untuk memperhambakan diri kepada ALLAH adalah termasuk ke dalam golongan yang mendapat petunjuk dan hidayah serta ketinggian martabat iman di sisi ALLAH , insya` ALLAH . Berbahagialah mereka yang dapat mencapai dan memahami hakikat `ibadah haji dan `umrah , iaitu melaksana dan menghayati hikmah- hikmahnya dengan keimanan, kesabaran dan mengharapkan rahmat ALLAH , rela menerima ketentuan qadha` dan qadar yang sudah pasti ditetapkan oleh C??? yang Maha Berkuasa dan membuang perasaan tidak puas hati. Perasaan marah terhadap kesusahan yang kita tempuhi boleh diertikan sebagai tidak berpuashati dengan qadha` dan qadar serta mencabar kuasa ALLAH . Semua amal `ibadah dalam Islam, termasuk haji dan `umrah, yang terbaik adalah yang terkumpul di dalamnya dua perkara : a. Dikerjakan semata-mata kerana C??? . Ertinya yang menjadi satu- satunya pendorong mengerjakan `ibadah adalah mengharapkan keridhaan ALLAH , bukan untuk mendapat pujian orang dan sebagainya. b. Dilakukan sesuai dengan sunnah Nabi Sallallaahu `alaihi wasallam kerana tidak seorang pun yang mengetahui cara beribadah yang diridhai ALLAH elain Nabi ??? C??? ???? ???? .Mengerjakan `ibadah dengan ikhlas adalah sangat sulit seperti yang diisyaratkan oleh Rasulullah Sallallaahu `alaihi wasallam : " Mahukah kamu aku beritahu sesuatu yang menurut aku lebih merbahaya keatasmu daripada Dajjal Al-Masih ? Para sahabat menjawab : " Ya ." Rasulullah Sallallaahu `alaihi wasallam bersabda : " Syirik yang tersembunyi. " Seorang lelaki bersolat, lalu dielokkan solatnya kerana dia melihat orang memandangnya ." ( H.R Ahmad dari Abu Sa'id ).Oleh itu dalam haji dan `umrah, oleh kerana ianya berkaitan dengan kemampuan harta, ikhlas itu lebih sulit lagi, sehingga C??? memberi peringatan tentang keikhlasan dalam mengerjakan haji dan `umrah dengan firman-NYA :"Dan sempurnakanlah haji dan `umrah kerana ALLAH ." (Al Baqarah 196).Dalam masalah solat, Rasulullah Sallallaahu `alaihi wasallam memberi perintah : " Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersolat . " ( H.R Ahmad dan Muslim ). Begitu juga dalam hal Haji dan `umrah , baginda Sallallaahu `alaihi wasallam memberi perintah : " Ambillah cara mengerjakan haji dan `umrahmu dari aku. " ( H.R Muslim dari Jabir ).Rasulullah Sallallaahu `alaihi wasallam mengerjakan haji pada tahun ke 10 Hijriyah yang dikenali dengan " Haji Wada' " itu , dengan saksama dan diikuti serta disaksikan oleh para sahabat . Kemudian pada hari Nahar ( hariraya haji ), Nabi Sallallaahu `alaihi wasallam mengingatkan umatnya agar mencontohinya mengerjakan haji dan `umrah. Nabi Sallallaahu `alaihi wasallam sendiri tidak memberikan kriteria terhadap satu-satu amalan yang berkaitan dengan haji dan `umrah. Nabi Sallallaahu `alaihi wasallam tidak mengatakan : " Yang ini fardhu, wajib , sunat dan makruh " , tetapi Nabi Sallallaahu `alaihi wasallam mengerjakan semuanya lalu memerintahkan orang ramai mencontohi cara yang dilakukannya serta turut memberikan rukhsoh ( keringanan ) dalam hal-hal tertentu untuk orang-orang tertentu pula. Contohnya Nabi Sallallaahu `alaihi wasallam mengizinkan golongan yang lemah berangkat meninggalkan Muzdalifah pada malam hari Nahar ( malam hariraya ) di waktu malam sebelum fajar, membiarkan orang mengerjakan amalan-amalan dihari Nahar secara tidak berurutan , mengizinkan `AbbasRadhiallaahu `anhu dan pengembala-pengemba la unta untuk tidak bermalam di Mina pada malam hari-hari tasyriq dan sebagainya. Hanya `ulama madzhab fiqh yang kemudiannya mengkelompokkannya kedalam kategori : Fardhu, Wajib, sunat dan makruh. Berdasarkan pendapat `ulama , maka lahirlah cara mengerjakan haji dan `umrah dengan kecenderungan masing-masing. Diantaranya ada yang mencari cara yang paling mudah dan selesa. Inilah yang kita lihat sekarang dan yang lebih membimbangkan lagi mungkin dimasa akan datang diketemukan cara yang amat mudah dengan menggabungkan semua yang ringan dari pendapat berbagai `ulama . Bagi orang yang ingin mengerjakan haji dan `umrah dengan cara yang paling diredhai ALLAH, tentunya selain menjaga agar niatnya benar-benar ikhlas kerana ALLAH, tidak bercampur riyaa`, 'ujub, sum'ah dan takabbur , mestilah mengerjakannya sesuai dengan tuntunan RasululIah Sallallaahu `alaihi wasallam dan sekiranya keadaan memerlukan bolehlah menerima rukhsoh ( keringanan ) yang diberikan oleh Baginda Sallallaahu `alaihi wasallam tanpa memandang kecil erti amalan-amalan itu serta memohon ampun diatas semua kekurangan yang berpunca kelemahan manusiaSekiranya anda tidak berhajat nak pergi bolehlah tanya teman-teman atau saudara mara yang nak pergi. Kemudian contact saya melalui e mail . Setelah itu saya akan berikan nombor talipon. Berkaitan dengan harga pakej pula , rasanya lebeh kurang 1 minggu lagi airlines akan keluarkan harga dan ketika itu barulah saya boleh tetapkan harga dan insha` ALLAH lebeh murah dari agensi.Untuk pengetahuan semua, mengerjakan haji dan `umrah ini amat mudah sekali. Kita hanya perlu kerjakan rukun-rukun dan wajib-wajib haji sahaja. Tiada bacaan yang khusus, terpulanglah nak baca apa sahaja. Ada pun buku-buku haji dan `umrah yang banyak berada dipasaran yang memuatkan berbagai-bagai bacaan hanyalah dikarang oleh `ulama sahaja sedangkan Nabi sallallaahu` alaihi wasallam sendiri tidak mengkhususkan bacaan. Jadi jangan keliru ya kerana saya banyak bertanya orang kenapa tak pergi haji atau umrah . mereka jawab susah nak melancar bacaan ( doa` ). Ini sudah salah kerana tiada bacaan yang khusus untuk melaksanakannya. Menyedari kesilapan ini, Alhamdulillah saya telah pun mengarang sebuah buku tentang haji dan `umrah.Buku ini belum diterbitkan lagi kerana saya tiada modal. Saya hanya berikan buku ini kepada jemaah yang ikut saya mengerjakan `umrah. Kalau anda mahukan buku ini saya boleh lampirkan dalam e mail. Firman ALLAH : " Dan sempurnakanlah `ibadah haji dan `umrah kerana ALLAH " ( Aali `Imran :196 ).Nabi Sallallaahu `alaihi wasallam bersabda : " Iringilah ( susulilah ) antara haji dan `umrah kerana keduanya dapat menghilangkan kemiskinan dan dosa sebagaimana ahli logam membuang karat dari besi, perak, dan emas. Tiada lain pahala yang diterima haji yang mabrur kecuali syurga ( H.R At Turmudzi, Ibnu Hibban dan Ibnu Khuzaimah Rahimahumullah ). Hadith ini darjatnya Hasan Sahih.Diriwayatkan dengan isnad yang hasan ( baik ) oleh Ibnu Juraij Rahimahullah dari Jabir Radhiallaahu` anhu bahawa Rasulullah Sallallaahu` alaihi wasallam bersabda :" Rumah (Kaa`bah) ini adalah tiang Islam ,maka sesiapa yang berangkat menuju ke rumah ini dia di jamin oleh ALLAH , sekiranya dia mati ALLAH akan masukkannya ke dalam syurga dan jika dia kembali ke tanah airnya ALLAH akan menberkatinya dengan memberinya oleh-oleh dan pahala " .Dalam hadith yang pertama, ALLAH telah beri jaminan kepada sesiapa yang mengerjakan haji dan `umrah bahawa ALLAH akan menghapuskan kemiskinan mereka. Namun begitu ramai orang tak faham, mereka sangka wang mereka akan habis. Kita hendaklah yakin terhadap janji ALLAH kerana bermacam-macam cara ALLAH akan memberi rezki kepada kita. Walaubagimana pun sekiranya kita hendak pergi haji dan `umrah pada kali yang kedua dan seterusnya, kalau ada jiran atau saudara mara kita memerlukan kewangan maka lebeh baik kita bantu mereka kerana itu keperluan yang lebeh mendesak . Dalam pada itu kalau kita nak pergi melancung ke tempat lain , adalah lebih baik kita mengerjakan haji dan `umrah. WALLAAHU `AA`LAM.Sekian . Semoga kita semua dirahmati ALLAH. Aamin.Ya RABBAL `AALAMIN. Wassalaamu`alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.Sesiapa yang berminat e mail kan sayanaasiha@yahoo.com

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my