Terkini  Popular    Mula Topik

Yang Dikejar Tak Dapat, Yang Dikendong Berciciran..

2008-03-09 13:40:10
Salam,

Saya teringat dahulu semasa belajar di sebuah IPT. Masa tu Anwar Ibrahim menjadi patron IPT tersebut. Masa tu gelombang kesedaran Islam semakin membesar. Ramai orang Melayu mahukan penghayatan Islam di dalam UMNO. Ramai orang Melayu nampak jika Anwar berkuasa, beliau akan meletakkan Islam di tahap yang maksima. Sebab rata-rata orang sedar, walaupun Islam di dalam diri mereka masih belum menyeluruh, tetapi mereka masih berharap sebuah pentabiran Islam yang dapat melengkapkan bahagian yang tertinggal itu.

Jika kita tengok sejarah perkembangan Anwar, beliau memang aktif di dalam sesuatu yang bercorak Islamik. Pada waktu itu, PAS sering digambarkan sebagai parti Islam yang extrim.

Sehinggalah Anwar dipecat. Orang-orang UMNO berpecah. Orang-orang melayu yang tak minat berparti (macam saya ni) mula nampak akan terjadi kemunduran kepada gelombang pembangunan Islam. Ramai pakat beralih arah. Semuanya mencari "next-best-alternative" yang boleh menaikkan Islam. Akibatnya "Ganu" jatuh kepada PAS dan kemenangan BN terjejas.

Apabila Pak Lah menjadi Perdana Menteri. Orang nampak Pak Lah sebagai manusia yang boleh mengembalikan apa yang Anwar pernah capai. Orang-orang Melayu UMNO yang menyebelahi Anwar, semua kembali menyokong Pak Lah. Sebab ayah beliau duhulu bekas mufti, sudah tentu anaknya akan jadi terbaik. Lalu imej ayahnya lebih ditonjolkan untuk meraih sokongan. Dia mendapat mandat besar.

(Arwah moyang saya dulu adalah mufti pertama Pulau Pinang, nama dia tak naik pun ..)

Malangnya, bak kata lirik lagu kumpulan Raihan, "iman tak dapat diwaris, oleh seorang ayah yang bertakwa.". Orang-orang yang mengharap Islam terpelihara dan terjaga berpendapat Pak Lah sama saja macam menteri-menteri lain. Tak mampu nak menjiwai Islam. Tak mampu menterjemahkan Al-Quran melalui perwatakkan dan pentadbiran. Di dalam isu IFC pun beliau agak terumbang-ambing mempertahankan Islam.

Hari ini, depa dah sedar kesilapan mereka memilih watak Sheikh Abdullah Fahim. Apabila Anwar muncul semula dan bergabung dengan PAS. Para pencinta Islam telah nampak jalan baru. Ditambah pula dengan faktor dasar-dasar yang menjadikan rakyat tersinggung. BN lalu terkena tamparan hebat semalam.

Selepas ini, UMNO akan melakukan "bedah siasat", mereka akan membincangkan faktor mengapa mereka kalah. Jika UMNO ingin bertapak di hati rakyat Melayu sekali lagi, maka semua orang UMNO kenalah menjiwai Al-Quran dan hadith. Mungkin kena balik masjid mengaji kitab Bahrul Mazi dan Fiqh Sunnah. Mungkin semua orang UMNO kena download audio-audio koleksi saya untuk dengar semasa memandu. Mungkin mereka kena contohi perwatakkan Dato Shahidan Kassim atau Dato Nik Aziz. Kedua-duanya mengamalkan Islam yang non-liberal, yang asli.

Apa-apa pun, untuk mendapat semula tempat di dalam hati pencinta Islam, Al-Quran perlu dijunjung dan diterjemahkan di dalam kehidupan seharian ramai pemimpin UMNO. Dan apabila itu berlaku, tidak akan wujud lagi jurang perbezaan di antara UMNO dan PAS. Orang Melayu akhirnya boleh bersatu (macam puak-puak HINDRAF bersatu dibawah agama mereka).

Kemajuan infrastruktur penting, tetapi itu bukanlah yang dimahukan oleh para pencinta Islam. Para pencinta Islam boleh hidup dengan serba kekurangan asalkan Islam dijunjung.

Jika dikaji faktor sejarah, empayar Rome merupakan sebuah empayar hebat yang memberi rakyatnya dengan pelbagai kemudahan dan infrastuktur. Hiburan di Rome adalah yang tercanggih pada zamannya. Namun, menurut T. W. Arnorld di dalam The Preaching of Islam, golongan ulama kriestien di Rome pernah menulis surat kepada khalifah yang memerintah pada waktu itu, meminta Islam menawan Rome. Mereka kagum dengan Islam yang melahirkan pelbagai kebudayaan dan kepimpinan yang berintegeriti tinggi.

Maka eloklah kita semua bermuhasabah diri. Kepada para pemimpin, pelajari Al-Quran dan terjemahkan Al-Quran di dalam kehidupan dan tanggungjawab seharian. Apabila Al-Quran dan sunnah menjadi asas, semua orang akan sayang.

Kepada rakyat biasa macam saya ni, yang bukannya baik sangat, yang selalu terlanjur dan buat silap, yang bodoh dan bangang, kenalah sentiasa muhasabah diri juga. Kenalah juga mempelajari Al-Quran dan menterjemahkan Al-Quran di dalam kehidupan. Mudah-mudahan kita tidak tenggelam di dalam arus gelombang Islam yang semakin kuat.

(Takut nak kalau anak tanya, "ayah .. betul ker orang kata Allah tu raja setan?" .. kita dah tak boleh jawab ..)

Sekadar, pendapat setengah sen daripada seorang warganegara yang tidak suka melihat orang Islam berpecah.

Semoga tuhan mengampunkan kita semua.

Wallahu"alam.

.. salam aidil ad-ha ..

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my