Terkini  Popular    Mula Topik

Percaturan . . .

2009-06-10 07:44:07
Oleh
Zana.
Indah gemalai awan menawan sukma
Dalam gumpalan terbentuk arca
Biasan senja menambah serinya
Terleka aku dalam keasyikkannya

Bayu lembut mengusap jiwa
Terbuai ikal rambutku dalam kelembutannya
Terpana aku dalam keunikannya
Anugerah tuhan penambat jiwa

Dalam keasyikan azan bergema
Perjanjian siang malam tiba waktunya
Berjanji aku pada yang esa
Kuakur segalanya

Esok...
Andai mentari mencerah
Kan kunanti lagi senja yang indah
Meskipun seketika
Keindahannya cukup buat aku terpana!!!!

Ilham rasa
-Zana-
24/8/2007 (7.30 malam)

************************************

pssttt... Sendiri aku tenggelam dalam keasyikan keindahan ciptaan yang maha esa

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my