Adab 2...

Oleh ira
15-Jul-2003 17:23:30
Adab Masuk dan Keluar Tandas

1. Tandas adalah tempat kotor, tidak digalakkan tinggal lama di dalamnya kecuali sekadar untuk keperluan membuang air, disunatkan meletakkan sesuatu untuk menutup kepala ketika masuk tandas. Dimulakan dengan membaca doa pelindung yang bermaksud:-
"Hai Tuhan, sesungguhnya aku minta perlindungan dengan Engkau dari syaitan jantan dan betina".

2. Kemudian melangkah masuk dengan kaki kiri.

3. Apabila telah
www.myjodoh.net
selesai membuang air hendaklah keluar segera dengan melangkah kaki kanan, kemudian membaca doa kesyukuran kepada Allah yang bermaksud:
"Puji-pujian bagi Allah yang telah menghilangkan daripadaku kesakitan dan menyihatkan aku".

4. Apabila telah selesai membersihkan najis hendaklah membaca doa bagi membersihkan kotoran zahir dan batin yang bermaksud:-
"Hai Tuhan bersihkan hatiku dari nifak dan jagalah kemaluanku daripada zina".


sabar menempuh jalan ,tetapkan Iman di hati...

 

webmaster@mymasjid.net.my