Hadis Rasullulah S A W

Oleh TuKuN
14-Aug-2002 07:32:35
Diriwayatkan daripada Syaddad bin Aus r.a, daripada nabi s.a.w baginda bersabda:
Orang yang berakal (cerdik) adalah orang yang sentiasa menjaga dirinya (dari berlazat-lazat melayan hawa nafsu yang boleh merosakkan agamanya) dan dia juga adalah orang yang beramal sebagai bekalan sesudah mati. Sedangkan orang yang lemah (bodoh) iaitu orang yang hanya mengikuti hawa nafsunya tetapi dia tetap mengharapkan berbagai harapan daripada Allah.

(Hadis riwayat Imam Tirmizi).

-------------------------------------------

Pengajaran Yang Boleh Diambil Dari Hadis:

1- Orang yang pintar adalah
www.myjodoh.net
orang yang sentiasa menghitung dirinya dan mengutamakan amalan kebaikan yang berguna untuknya selepas mati.
2- Orang yang lemah adalah orang yang hidup dalam keadaan lalai, membuta tuli dan tidak pernah melakukan amalan kebaikan tetapi mengharapkan keampunan daripada Allah s.w.t.
3- Kewajipan melawan hawa nafsu dan menilai diri sendiri serta melakukan amalan ibadat yang wajib dikerjakan sebagai pengabdian diri kepada Allah s.w.t, tidak dipengaruhi oleh impian hampa dan angan-angan kosong kerana Allah akan membalas seseorang mengikut amalan perbuatannya bukan berdasarkan impian yang tidak disertakan dengan amalan.
'the truth is out there'

 

webmaster@mymasjid.net.my