Berkenaan Sumbang Mahram

Oleh al_faruq
22-Aug-2002 12:19:05
Assalamualaikum,
Sedikit perbincangan mengenai
sumbang mahram dan status
perkahwinan si pelakunya.
====================


Sumbang Mahram Memutus
Hubungan Perkahwinan?
Oleh :
Zaharuddin Bin Abd Rahman

??? ???? ?????? ??????

Penulisan ini akan memfokuskan persoalan berikut sahaja:

1. Seorg lelaki/wanita berzina dgn mertuanya, apakah terbatal perkahwinan?
2. Seorg lelaki/wanita berzina dgn anaknya. Apakah terbatal perkahwinan?.
3. Seorg lelaki/wanita berzina dgn adik /abg/kakak (seibu sebapa), apakah
hukumnya?
4. Hukuman2 lain yang berkaitan dgnnya.
5. Antara sebab berlakunya sumbang mahram.

Secara umum, gejala sumbang mahram adalah suatu penyakit yang amat buruk
malah lebih buruk drpd gejala zina biasa. Hukumannya adalah sama seperti
peruntukan hukuman zina, malah boleh ke atas pemerintahan Islam untuk
menjatuhkan tambahan hukuman takzir ke atas si pelaku demi maslahat 'ammah
dan
www.myjodoh.net
maksud menghalang gejala ini dari terus menular tanpa kawalan.

Dalam menjawab soalan pertama dan kedua, ulama sebenarnya berbeza pandangan
dalam menentukan hukum yang terkesan dari tindakan sumbang mahram dgn ibu
mertua dan anak kandung.

Harus diketahui sebagai pendahuluan bagi menjawab persoalan yg dikemukakan
bahawa di dalam Islam, antara sebab wanita dan lelaki dilarang untuk
dikahwini oleh pasangannya adalah kerana 'Musaharah' iaitu pengharaman yg
wujud hasil daripada perkahwinan.

Secara ringkasnya, apabila berlakunya pernikahan, secara automatik beberapa
kumpulan berikut menjadi haram (utk dinikahi krn telah menjadi seperti ahli
keluarganya) ke atas pasangan tersebut,mereka terbahagi kpd 4 kumpulan
iaitu:

1) Isteri bapa & suami ibu dan ke atas. Pengharaman akan jatuh
sejurus setelah 'aqad pernikahan disahkan.
2) Isteri & suami anak (samada dr lelaki atau wanita) dan ke
bawah spt isteri cucu lelaki dan perempuan. Pengharaman akan jatuh sejurus
setelah 'aqad pernikahan disahkan.
3) Usul Isteri dan suami spt ibu, bapa dan neneknya ke atas
(samada lelaki atau wanita). Terlaksana sejurus selepas aqad nikah.
4) Furu' isteri & suami spt anak isteri (yg bukan anak suami
cthnya), cucunya samada lelaki atau perempaun dan ke bawah. Ini hanya akan
terhasil dengan :
# Apabila suami telah bersetubuh dgn ibu kpd anak2 tadi dgn
aqad nikah yg sohih. Maka terus thabit pengharaman akibat persetubuhan
tadi. Ia adalah syarat menurut jumhur.

Pengharaman nikah diatas terhasil dgn nikah yg shohih, bgmn pula kira nya
hanya dgn penzinaan (sumbang mahram) ?. Adakah sama dgn pengharaman yg
terbentuk hasil aqad nikah yg shohih seperti di atas?

Ulama berbeza pandangan seperti berikut :

1. MAZHAB SYAFI'E DAN JUMHUR MALIKIAH : Tidak tersabit dgn zina pengharaman
'musoharah'. (Lihat Rawdah at-Tolibin 7/113 ; Bidayatul Mujtahid 2/21 )

2. MAZHAB HANAFI, HANBALI, Imam Sufyan At-Thawry, Imam al-'Awza'ie, Ibn
al-Qasim al-Maliki : Jatuh atau sabit pengharaman dgn zina. Malah sekiranya
ciuman dan lain2 muqaddimah zina juga, sudah cukup utk jatuh pengharaman.
(Rujuk Al-Ikhtiyar at-Ta'lil 3/88 ; Kassyaf al-Qina' 5/72 dan Bidayah
al-Mujtahid. Bgmnpun Ad-Dardir mengatakan yg lebih kuat dlm mazhab Maliki
adlh pandangan kedua ini - rujuk As-Syarh al-Shoghir 2/405)

Dalil Mazhab Syafie dan Maliki :

a) Diriwayatkan bhw Rasulullah SAW di tanya oleh seorng lelaki yang telah
berzina dgn seorg wanita, kemudiannya ingin berkahwin dgn ibunya atau
anaknya, lalu berkata Nabi :

?? ???? ?????? ??????, ???? ???? ?? ??? ?? ???? ( ??? ???? ?? ??? ???,
??????? ?? ?????)
Mafhum : "Perkara yg haram(zina) tidak akan
mengharamkan perkara halal (nikah usul dan furu') sesungguhnya ia menjadi
haram hanya dg nikah (shohih)" (Riwayat Ibn Majah, Al-Baihaqi, as-Suyuti
mengatakan hadith ini lemah)

b) Hadith :
?????? ??????? ?? ???? ??? ????
Mafhum : "Penzina lelaki yg direjam tidak bernikah kecuali wanita
sepertinya" ( Riwayat Ahmad & Abu Daud, berkata Ibn Hajar, perawinya
dipercayai)

Nabi telah membacakan kpd seorg lelaki yg ingin mengahwini seorg
perempuan zina dgn mengatakan firman Allah :
??????? ?? ?????? ??? ??? ?? ????
Mafhum : "Penzina wanita tidak harus berkahwin dgnnya kecuali
penzina lelaki atau kafir musyrik"

Melalui dalil ini, tidak diiktiraf nikah penzina dan seluruh hukum
yang terhasil drpd persetubuhan haram(zina). Lalu tiada terhasil pengharaman
musoharah dgn sebabnya.

c) Dalil aqli , iaitu pengharaman secara musoharah adlh suatu
ni'mat, krn ia menjadikan org yg dahulunya asing sbg keluarga. Manakala zina
adlh haram dan buruk, maka tidak sah menjadikan perkara haram utk mencapai
kebaikan. Sabda Nabi SAW :
???????? ???? ????? ?????
Mafhum : "Musoharah satu hubungan darah sbgmn hubungan darah dgn
keturunan" ( riwayat Ahmad, at-Tobrani, berkata al-Hafiz Nuruddin
al-Haithami, perawi dari Ahamd dipercayai)

Lalu mana mungkin untuk mengkelaskan hasil zina , membawa kepada
kewujudan hubungan seolah keluarga melalui musoharah. (Lihat Nizam al-Usrah
Fil Islam, Dr Muhd Uqlah, cet Maktabah ar-Risalah al-Hadithah, 1/282)

Justeru dari hujah ini mazhab pertama ini, beerti, lelaki yang berzina
(sumbang mahram) dgn ibu mertuanya, maka TIDAKLAH jatuh hukum haram NIKAH
DGN ISTERINYA,
Menurut Mazhab Syafie dan Maliki, sumbang mahram dgn ibu mertua dan anak
kandung tidak memberi apa2 kesan terhdp hubungan pernikahan suami isteri
serta tidaklah terfasakh perkahwinan mrk.

Dalil Mazhab Hanafi dan Hanbali

a) Di riwayatkan bhw seorg lelaki berkata : Wahai Rasulullah :
sesungguhnya aku telah berzina dgn seorg wanita di zaman Jahiliyahku, apakah
aku boleh bernikah dgn anak perempuannya? Maka berkata Nabi :

?? ??? ???, ??? ??? ?? ???? ????? ????? ?? ?????? ??? ?? ????? ???? ???? (
??? ?????? ???? ????)
Mafhum : "Aku tidak melihat demikian boleh, tidak sah untuk engkau
berkahwin dgn wanita yg telah engkau setubuhi anaknya .." (Disebut oleh
Kamal Ibn Humam al-Hanafi dalam kitabnya Fath al-Qadir, bgmnpun hadith ini
mursal dan munqati' katanya - Naqal drpd Al-Fiqh al-Islami, Dr Wahbah , ms
6631)

b) Firman Allah :
?? ?????? ?? ??? ?????? ?? ??????..
Mafhum : "Jgn Kamu bernikah dgn sesiapa yg telah dinikahi oleh bapa2
kamu dari kalangan wanita.."

Lafaz nikah dipakai utk aqad nikah dan juga persetubuhan (termasuk
zina). Iaitu mana2 perempuan yang telah disetubuhi samada dgn jln halal atau
haram, tidak boleh kamu kahwini anak2 nya dan ibu2nya.

Justeru, zahir dari mazhab kedua ini adalah, apabila berlaku sumbang mahram
oleh lelaki dgn ibu mertuanya atau anaknya (begitu juga perempuan, dgn bapa
mertua dan anak lelakinya) jatuhlah hukum haram nikah akibat 'musoharah' dgn
zina, LALU DGN SEBAB ITU TERFASAKHLAH NIKAH ANTARANYA DGN ISTERI ATAU
SUAMINYA SECARA SYAR'IE.

Pandangan Yang Lebih Kuat

Menurut tuan guru kami, As-Syeikh Prof. Dr Muhd 'Uqlah Al-Ibrahim, pandangan
kedua adalah lebih kuat dan sesuai dgn masalahat ummat skrg. Walaupun
demikian, Prof. Dr Wahbah Az-Zuhayli mentarjihkan pandangan Mazhab Syafie.

Manakala, diteliti dari sudut kekeuatan dalil, kelihatan dalil mazhab
pertama adalah lebih kukuh, bgmnpun jika dilihat kpd maslahat dan keperluan
masyarakat di Malaysia hari ini, dengan perkembangan pesat gejala amat
mungkar sumbang mahram, maka tersgt eloklah kiranya pandangan mazhab kedua
di dahulukan, agar ia mampu menjadi penghalang gejala ini dari terus subur
di bawah pemerintah Dr. Mahathir. Ia juga dapat meningkatkan kesedaran
ramai. Justeru pandangan Dr. Mashitah dalam hal ini bertepatan dgn tarjihan
kami. Bagaimapun ia masalah yg diikhtilafkan di kalangan fuqaha' dan
bukannya masalah qat'ieyyah.

RINGKASAN JWP TERHDP SOALAN DAN HUKUMAN BERKAITAN :

1. Seorg berzina dgn mertuanya samada lelaki atau wanita, apakah terbatal
perkahwinan dgn isterinya/ suaminya?
= Ya , terbatal perkahwinan secara automatik. Iaitu dgn sebab musoharah dgn
zina.

2. Seorg lelaki berzina dgn anaknya. Apakah terbatal perkahwinan dgn
isterinya.
= Ya, sbgmn di atas

3. Adakah hukum 'iddah, dalam hal ini dan adakah pasangan boleh mewarisi
harta antara satu sama lain sekiranya berlaku kematian.
= Tiada 'iddah, dan tidak ada sebrg perwarisan, krn secara automatik wanita
tersebut menjadi wanita ajnabi (asing) dalam hukum syara'.

4. Adakah boleh dijatuhkan talaq sesudah berlaku penzinaan itu?
= Tidak boleh, krn tiada sbrg iktan hubungan suami isteri lagi. dan mrk
telah tertalaq secara automatik.

5. Perlu diketahui pemutusan hubungan ini adalah untuk selama-lamanya.?
= Pengharaman kahwin yang terbentuk drpd zina ini adalah pengharaman
selama-lamanya tanpa boleh dihilangkan. Juteru, dgn zina atau nikah shohih
terhdp mana2 wanita atau lelaki, menyebabkan haramnya hubungan nikah dgn
usul dan furu' wanita dan lelaki tersebut selama2nya.

6. Apakah lagi yg akan terjadi dengan perzinaan ini selain tertalaq secara
automatik?
= Individu yang telah berkahwin (lelaki atau perempuan) yang berzina akan
dijatuhkan hukuman rejam sampai mati dgn ijma' ulama' dan para sahabat
berdasarkan dalil yg sabit dari Hadith. Manakala , bagi yg belum berkahwin,
sebatan 100 kali. Dengan hukuman ini, maka terlepaslah mrk yg terlibat dr
azab Allah di akhirat kelak, insyaAllah, tanpanya eloklah pelaku bertawbat
sehabis2 tawbat, dan berserah kdp Allah. Sebrg hukuman ciptaan kerajaan
Malaysia tidak akan melepaskan pelaku dari hukuman Allah.

HUKUMAN DI ATAS ADALAH BAGI LELAKI ATAU WANITA BERZINA DGN ANAK KANDUNGNYA,
DAN WANITA ATAU LELAKI BERZINA DGN MERTUA MRK SAHAJA.

Persoalan Kedua : Seorg lelaki berzina dgn adik atau kakaknya (seibu sebapa)
atau kakak dgn adik dsbg, apakah hukumnya?

Hukuman adalah hukuman zina biasa, iaitu sebat 100 kali jika belum kahwin,
rejam sampai mati jika telah berkahwin. Tiada melibatkan terfasakh hubungan
nikahnya dgn isterinya (wp adik perempuan isteri) .

APAKAH SEBAB BERLAKU SUMBANG MAHRAM ?

Antara nya adalah :-
1. Akibat hukuman Islam tidak dilaksanakan, lalu ini dianggap
sebagai bala Allah, dan menjadi sebab bagi Allah menurunkan bala ke atas
sesuatu ummat yg derhaka terhdpNya.
2. Akibat peruntukan hukuman gubalan tangan2 kotor manusia
terlampau remeh dan enteng, iaitu dalam peruntukan mahkamah syari'ah dlm hal
zina:

Sebagai contoh sila rujuk Akta Mahkamah Syariah ( Bidang Kuasa
Jenayah ) telah mencatatkan menyatakan hukuman yang bertentangan dengan
hukum Islam sebenar seperti:

Bahagian IV, Seksyen 21 dan 23;
a. Mana-mana perempuan yang melacurkan dirinya dan dithabitkan
kesalahan.

Hukuman : Denda tidak lebih RM 5000, Penjara tidak lebih 3 tahun
atau sebat tidak lebih 6 kali sebatan.

b. Mana-mana orang perempuan yang melakukan persetubuhan dengan
orang lelaki yang BUKAN suaminya yang sah serta dithabit kesalahannya.

Hukuman : Denda tidak lebh RM 5000, Penjara tidak lebih 3 tahun dan
disebat dengan tidak melebihi 6 kali sebatan.

Allah SWT sangat murka terhadap apa-apa undang-undang yang dibuat
sendiri oleh tangan manusia kemudian dinamakan dengan nama-nama Islam
seperti Mahkamah Syariah seolah-olah undang-undangnya datang dari Allah.
Allah SWT berfirman :

Mafhumnya : "Kecelakaan besar bagi orang-orang yang menulis Kitab
Taurat dengan tangan mereka (lalu mengubah Kalam Allah dengan rekaan-rekaan
mereka), kemudian mereka berkata: "Ini ialah dari sisi Allah", supaya mereka
dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia yang sedikit. Maka
kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka,
dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu
(Al-Baqarah : 79 )


3. Akibat kepesatan penyebaran video2 lucah smada di sekolah, universiti dan
antara rakan2. Begitu juga peranan Internet, Parabola Televisyen, VCD,
Televisyen Malaysia yang byk adegan merangsang, serta media massa hiburan
spt majalah separa lucah dsbg. Malah YB Dato' Kamaruddin Jaffar ( Ahli
Parlimen Tumpat ) pernah mengutarakan persoalan pecahan peratusan rancangan
yang diterbitkan di Televisyen semasa persidangan Dewan Rakyat 2000 dan
jawapan Kementerian begitu mengejutkan iaitu stesyen TV samada TV1,2, TV3
dan NTV7. Semuanya mempunyai rancangan pembinaan berunsur agama kurang
daripada 8% dan NTV 7 mempunyai 0 % rancangan agama

Para pemimpin politik yang mengetuai negara kelihatan amat sibuk menjaga
'perut' dan 'kerusi empuk' sehingga lalai dgn menerbitkan rancangan sia2
seperti tuhan samseng, memali dan lain2 semata2 demi meraih sokongan
terhdpnya.

Mereka meninggalkan isu social, agama, murtad, kewujudan judi dan arak
berleluasa sbg 'remeh' . Demikian menurut Dato' Zainal Abidin Ab Kadir
(Pengarah JAKIM) semasa mrk berkunjung ke Jordan pd 3 Ogos yg lalu. Mereka
menjahili apa yang disebut Keperluan asas yang lima dalm Islam iaitu mesti
dijaga iaitu Islam, Nyawa, Aqal, Keturunan dan Harta. Hal Lima perkara asas
ini disebut secara jelas kewajiban didahulukan dari seluruh yg lain menurut
turutannya. Perkara ini disebutkan oleh Imam Abu Hamid al-Ghazali (505 H)
dalam kitabnya 'Al-Mustasfa', juga oleh Imam As-Syatibi (790 H) dalam
kitabnya 'al-Muwafaqat'. As-Syatibi juga mengatakan bhw penjagaan lima
perkara tersebut thabit dgn dalil 'mutawatir ma'nawi'. Setelah istiqra' (
kajian mendalam) terhdp seluruh kulliyat dan juz'iyyat di seluruh bidang
syriah.

Demikianlah beberapa untaian jawapan bagi persoalan yg ditujukan, artikel
ini terbuka kpd sebrg pembetulan, kritikan dan pertanyaan kiranya
diperlukan.

Apa yang benar datangnya dari Allah SWT dan apa yg tersilap dari kelemahan
diri dan gangguan syaitan.

Irbid,
12 Jamadil Akhir 1423 H ( 21 Ogos 2002 )
- Yang paling saya takut atas umat ini ialah orang munafiq yang berilmu - Umar Al Khattab -

 

webmaster@mymasjid.net.my