Risalah Fikir (304) Harta Banyak ? Semua Fii Sabiilillaah ?

Oleh Ustaz Jalil
29-Jul-2002 02:51:30

Dan drp Thaabit Al-Banaani roh.a., drp Anas r.a., katanya (mafhuumnya) :Tetekala 'Aaisyah r.a. sedang berada di rumahnya, tiba2 beliau telah mendengarsuatu suara (kebisingan/keriuhan) yang sedang bergerak (yg datangnya) daripadaAl-Madiinah. Lalu bertanyalah 'Aaisyah r.a. : (Suara/keriuhan) apakah ini ?

Mereka menjawab (mafhuumnya) : (Itu adalah suara/keriuhan) Qoofilah kepunyaan'Abdurrohmaan bin 'Auf yang telah datang dari Syaam, dan adalah qoofilah beliaur.a. itu terdiri daripada 700 ekor unta (roohilah).

Lalu 'Aaisyah r.a. menerangkan (mafhuumnya) : Adapun daku sesungguhnya telahmendengar Rosuulullooh saw bersabda (mafhuumnya) : RO-AITU 'ABDARROHMAAN BIN'AUF YADKHULU AL- JANNATA HABWAN [maqsuudnya: DAKU TELAH MELIHAT 'ABDURROHMAANBIN 'AUF MEMASUKI SYURGA SECARA HABWAN (MERANGKAK2/ MERAYAP)].

Maka sampailah berita ini (iaitu hadiith Baginda saw diatas) kepada beliaur.a. Maka beliau r.a. pun terus pergi kepada 'Aaisyah r.a. untuk menanyakantentang berita tersebut. Maka

www.myjodoh.net
'Aaisyah r.a. pun langsung menyampaikanperkhabaran tersebut kepada beliau r.a.

Lalu beriqrarlah 'Abdurrohmaan bin 'Auf r.a. kepada 'Aaisyah (mafhuumnya) :MAKA SESUNGGUHNYA DAKU MENJADIKAN DIKAU SEBAGAI SAKSI BAHAWASANYA SEGALA UNTA-UNTA ITU BERSERTA KESEMUA BARANG2 DAGANGAN YANG DIBAWANYA TERMASUK SEMUAAQTAABNYA (BONGGOL2NYA DAN BELAKANG2NYA/ PUNGGUNG2NYA) DAN TERMASUK SEMUAAHLAAS-NYA (PELANA2NYA) ADALAH (UNTUK) FII SABIILILAAH 'AZZA WA JALLA.

Dan daripadanya juga, katanya (mafhuumnya): Tetekala 'Aaisyah r.a. sedangberada di rumahnya, beliau r.a. telah mendengar suatu suara (keriuhan/kebisingan)di Al-Madiinah. Lalu beliau r.a. bertanya: (Suara/keriuhan) Apakah ini ?

Mereka menjawab : (Itulah) Qoofilah milik 'Abdurrohmaan bin 'Auf r.a. yangtelah datang dari Syaam yang mana dibawanya segala sesuatu. Katanya (perawidiatas) : Dan adalah qoofilah itu terdiri drp 700 ekor unta. Katanya (perawi diatas) : Maka telah bergoncanglah Al-Madiinah lantaran suara (keriuhan/kebisingan)unta2 itu [maqsuudnya : Telah gegak gempitalah Al-Madiinah lantaran keriuhan drpunta2/qoofilah itu].

Lalu 'Aaisyah r.a. menjelaskan (mafhuumnya) : Daku telah mendengarRosuulullooh saw bersabda (mafhuumnya) : SESUNGGUHNYA DAKU TELAH MELIHAT 'ABDURROHMAANBIN 'AUF MEMASUKI SYURGA DALAM KEADAAN HABWAN (MERANGKAK2/MERAYAP).

Lalu perkhabaran itu (iaitu sabda Baginda saw itu) sampailah kepada 'Abdurrohmaanbin 'Auf r.a. , lalu berkatalah ia :

IN ISTATO'TU LA-ADKHULANNAHAA QOO-IMAN !!! [Mafhuumnya : SEKIRANYA AKU MAMPUNESCAYA AKU (MAHU) MASUK SYURGA DALAM KEADAAN BERDIRI !!! ]

LALU 'ABDURROHMAAN BIN 'AUF R.A. PUN MENJADIKAN SEMUA HARTANYA ITU (SEGALAQOOFILAH SERTA BARANG2 YG DIBAWA/ BARANG2 DAGANGAN) TERMASUKLAH AQTAABNYA (SEGALABONGGOL2 DAN BELAKANG2 UNTA) FII SABIILILLAAH 'AZZA WA JALLA.

[Diriwayatkan oleh Al-Imaam Ahmad di dalam Al-Musnad 6/115].

Begitulah kira2 terjemahan kasar drp SIFAH AS- SOFWAH, susunan Al- Imaam Al-'AalimJamaaluddiin Abil-Faroj Ibnu Al-Jauziyy roh.a., mujallad 1, halaman 352.

Sebenarnya terlalu banyak kesimpulan dan i'tibaar yg dapat diambil drpketerangan di atas.....

Antara lain (untuk difikirkan) :

[1] Orang yang mempunyai harta yang banyak lagi halal dan dibelanjakan puladi jalan Allooh swt kesemuanya (seperti 'Abdurrohmaan bin 'Auf r.a.) punterpaksa masuk ke syurga dalam keadaan habwan (merangkak2/merayap). Bagaimanapula jika seseorang itu mempunyai harta yang banyak (yang bercampur dengan yghalal dan yg syubhat, atau bercampur juga dgn yg haram) dan tidak dibelanjakankesemuanya (atau sebhg besarnya) di jalan Allooh swt ?????

[2] Semoga Allooh swt sentiasa membimbing kita kepada kefahaman yg sohiihdalam agama kita. Semoga kita tidak terbawa2 dengan arus kebendaan/keduniaan ygmelimpah-ruah disekeliling kita yg datang drp setiap penjuru dan arah (lebih2lagilah kalau tidak mengira langsung tentang halal dan haramnya, atau syubhatnyadsbnya).

Apa kata antum serta para netters yg BIJAKSANA ?

Walloohu A'lam. Wassalaamu'alaikum wrb Al-faqiiru ilallooh.

MUFRODAAT :

[1] ROOHILAH : unta yg patut dibawa mengembara.
[2] HABWAN : merangkak2, merayap.

 

webmaster@mymasjid.net.my