Risalah Fikir (305) Pemikiran Al Fudhoil Bin 'iyaadh Roh A

Oleh Ustaz Jalil
29-Jul-2002 02:51:30

Hari ini, kita sering juga membincangkan pemikiran tokoh2 tertentu, sepertipemikiran Hamka, pemikiran Ibnu Taimiah, dsbnya...... RF kali ini mengajak antumuntuk menyelami sedikit pemikiran dan ketaqwaan Al-Fudhoil bin 'Iyaadh roh.a.Beliau telah wafat dalam tahun 187H. Berikut adalah petikan (terjemahan kasar)drp SIFAH AS- SOFWAH, susunan Al-Imaam Al-'Aalim Jamaaluddiin Abil-Faroj IbnuAl-Jauziyy roh.a., mujallad 2, halaman 237 & 238 (kpd yg bisa berbahasaArab, tolong ruju' kitab yg asal dan perbaikikan terjemahan kasar ini): Dan drpAbii Ishaaq roh.a., katanya : Telah berkata Al-Fudhoil bin 'Iyaadh roh.a. (mafhuumnya):

 SEANDAINYA DAKU TELAH DIBERI KEBEBASAN MEMILIH UNTUK HIDUP SEBAGAISEEKOR ANJING ATAU MATI SEBAGAI SEEKOR ANJING DAN TIDAK DAKU MELIHAT (YA'NIITIDAK DAKU BERDEPAN DAN BERTEMU) AKAN HARI QIYAAMAH NESCAYA DAKU AKAN MEMILIHUNTUK HIDUP SEBAGAI SEEKOR ANJING ITU ATAU MATI SEBAGAI SEEKOR ANJING ITU DANDAKU TIDAK MELIHAT (BERDEPAN DENGAN) HARI QIYAAMAH !!!!

Begitulah

www.myjodoh.net
pemikiran Al-Fudhoil bin 'Iyaadh roh.a. Begitulah ketaqwaan beliauroh.a. Ya, dengan menjadi seekor anjing itu maka segala tanggungjawab (sebagaiseorang insaan dan sebagai seorang ummat Nabi Muhammad saw) tidak dikenakan lagi.Sementara, kalau menjadi seorang insaan, sudah tentulah setiap tanggungjawabtersebut akan dibicarakan serta dihadapkan di mahkamah ilahi di Padang Mahsyarnanti.

 Malah setiap ni'mat, walau macam mana kecil sekali pun, pasti ditanyadan diperiksa. Bayangkanlah akan natiijahnya nanti bilamana seseorang itu tidaklepas menjawab terhadap segala pertanggungjawaban yg dikenakan ke atasnya didunia ini !!! Rasa ketaqwaan itu begitu mendalam dalam jiwa Al-Fudhoil bin 'Iyaadhroh.a. itu, sehingga terluah kata2 yg sedemikian rupa. Apakah pemikiran danperasaan yang seperti itu ada pada diri kita juga ??!! Atau kita hanya 'asyiksibuk menimbunkan harta dan sibuk mengejar pangkat/kedudukan duniawi sehinggalupa akan jalan kenyataan ?? Atau apakah kita memang sudah tertipu sehingga lupaakan perkara ini ? Apa kata antum semua ? Semoga kita sama2 mengambil i'tibaar...

 Walloohu A'lam. Wassalaamu'alaikum wrb. Al-faqiiru ilallooh.

MUFRODAAT :

[1] KHOYYARO (KHOOYAROHU FIL-AMR): memberi kebebasan memilih.

[2] KHIIROH / KHIYAROH: pilihan, yang terbaik.

[3] KHOIRIYYAH : kebaikan.

[4] MUASSASAH KHOIRIYYAH : yayasan sosial (kebaikan).

 

webmaster@mymasjid.net.my