Hadis Rasulullah S A W

Oleh TuKuN
19-Jan-2003 02:07:32
Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
Islam dibina di atas lima perkara, iaitu menyaksikan bahawa tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Allah dan nabi Muhammad adalah Rasulullah (utusan Allah), mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, mengerjakan ibadat Haji di Baitullah dan berpuasa pada bulan Ramadan.

(Hadis disepakati bersama oleh Imam Bukhari dan Muslim).

--------------------------------------------------------------------------------

Pengajaran
www.myjodoh.net
Yang Boleh Diambil Dari Hadis:

1- Keterangan tentang lima rukun Islam dan panji-panjinya yang agung. Rukun-rukun tersebut boleh mengkafirkan orang yang mengingkarinya.
2- Umat Islam hendaklah menjaga rukun-rukun ini dengan sempurna.
3- Umat Islam diharuskan mengerjakan amalan sunat yang berkaitan dengan kewajipan-kewajipan ini untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
'the truth is out there'

 

webmaster@mymasjid.net.my