Toledo

Oleh ?£mUt®™
12-Mar-2003 12:30:49


Lokasi Toledo:
Bandar Toledo merupakan salah sebuah bandar Andalus lama yang berada sejauh 75 km dari Madrid Ibu Negara Spanyol sekarang.

Nama Tolaitalah (Toledo) sebenarnya diambil dari bahasa Latin yang sebutan asalnya berbunyi (Tholedoth).
Berkenaan dengan pembinaan bandar Toledo, mengikut kenyataan sejarah ianya dibina semenjak zaman Grek sebelum kemasukan bangsa Rom.

Rom memasuki bandar Toledo semenjak tahun 190 sebelum Masihi, lalu bandar ini berkembang pesat pada masa mereka dan dijaga dengan pembinaan benteng-benteng.


Pembukaan Islam ke atas Toledo:
Setelah kemasukan bangsa Al-Goths Barat (salah satu suku bangsa Jerman) ke atas Toledo mereka menamakan Toledo dengan nama: Bandar Beraja. Dalam keadaan Raja Al-Goths sedang berusaha memadamkan pemberontakan yang dilakukan oleh penduduk bandar Banblunah di negara Bashkans, beliau
www.myjodoh.net
diberitahu tentang kemaraan tentera Muslimin yang sedang melakukan pembukaan dan penurunan tentera Islam di Bukit Thorik pada tahun 712 Masihi. Keadaan ini membimbangkan beliau, lalu beliau segera menghantar tenteranya menuju ke selatan Toledo bagi menghalang kemaraan tentera Islam yang dipimpin oleh Tariq bin Ziad. Kedua pasukan ini bertemu disebuah tempat yang bernama Wadi Lukah, namun kejayaan menyebelahi tentera Islam dengan memperolehi kejayaan yang cukup besar. Kemudian Tariq bin Ziad memimpin tenteranya menuju ke utara Toledo dan dapat membuka beberapa bandar seumpama: Shadzunah, Madur, Qormunah dan Istajah sehingga sampailah Tariq ke Toledo penempatan raja Al-Goths tersebut, namun di dapati bahawa Toledo telah sunyi ditinggalkan oleh penduduknya. Lalu Tariq menguasai bandar Toledo dengan mudah dan memperolehi rampasan perang yang banyak.

Toledo mendapat perhatian yang tinggi dari Bani Umayyah, sehingga mereka melantik pemerintah mereka dari Cordova ibu negara Andalus sebagai orang yang bertanggungjawab ke atas Toledo. Kemudian selepas daripada itu Toledo menghadapi beberapa kecelakaan serta hasutan fitnah.


Kejatuhan Toledo:
Setelah api fitnah yang membawa kejatuhan Cordova bersemarak, terdirilah negara raja berpuak dan Banu Zi An-Nun membebaskan Toledo serta mengangkat kedudukan mereka di negara tersebut.

Kemudian Alfonso Ke Enam Raja Qashtolah memasuki Toledo pada bulan Safar tahun 487 Hijrah bersamaan 1085 Masihi, lalu jatuhlah Toledo dengan kemasukan itu ke tangan Solibiyyin. Sesungguhnya kejatuhan Toledo ke tangan Solibiyyin memberi satu tanda yang menakutkan ke seluruh pelosok dunia Islam sebagai peringatan dan perhatian kepada pemerintahan Islam yang berada di Andalus terhadap kesudahan yang malang itu. Lalu mereka menyedari akan kelemahan mereka dan beringat, namun tiada gunanya lagi setelah ianya terlewat malah membawa kepada berakhirnya kekuasaan Islam. Oleh yang demikian dengan kejatuhan Toledo itu maka berakhirlah negara Islam di bumi Andalus, walaupun kedapatan usaha-usaha dan cubaan bagi merebut kembali Toledo dari kalangan kesatuan umat Islam namun usaha tersebut sia-sia.


Ketamadunan Toledo:
Toledo telah menyumbangkan satu sumbangan yang cukup mengkagumkan kepada pemikiran dan ketamadunan Islam. Di mana suatu ketika dahulu Toledo merupakan pusat ilmu yang teramat penting di Andalus. Dari Toledolah lahirnya sebahagian ulama yang bijak pandai dan telah memberi saham yang cukup bernilai di dalam berbagai cabang ilmu. Seumpama fekah merupakan salah satu ilmu yang mendapat perhatian yang cukup tinggi dan istemewa di Toledo. Ini adalah kerana terlalu ramai kalangan mereka yang bergurukan kepada Imam Malik bin Anas dari penduduk Toledo di samping terdapatnya suasana yang mendorong ke arah penempuan yang sedemikian.

Sebenarnya suasana kehidupan pemikiran di Toledo semasa kekuasaan Islam adalah amat subur dan pesat berkembang. Merangkumi aliran ilmu yang berbagai, selain ilmu keagamaan terdapat juga ilmu mentaliti di samping ilmu kesusasteraan dan berbagai kesenian. Keadaan ini disambut dengan sikap kesungguhan yang diberikan oleh penduduk Toledo generasi ke generasi dari kalangan alim ulama, ahli-ahli sastera, penyair-penyair dan sebagainya. Sehinggalah jatuhnya Toledo ke tangan Kristian Spanyol, lalu kalangan alim ulama ini berhijrah meninggalkan Toledo ke negeri-negeri lain yang berada di sekitar Andalus malah mereka ini sentiasa memberi sumbangan pemikiran yang berterusan.


Tokoh ulama yang terkemuka di Toledo:
Terdapat sebilangan besar tokoh alim ulama Toledo yang mana nama-nama mereka ini amat masyhur sekali, seperti: Abu Othman Said bin Abu Hind yang digelar oleh Imam Malik sebagai bijak pandai Andalus dan pernah memegang kehakiman Andalus beberapa waktu. Antara lain Said bin Abdus, Abu Hind Al-Asbahi, Isa bin Dinar Al-Ghafiqi, Muhammad bin Wadhoh, Ibnu 'Ishun Al-Azdi, Ibnu Jushan Al-Ansari, Ibnu Syantir dan Ibnu Maimun, Ibnu Masud At-Tolaitoli, Ibnu Al-A'raj, Sulaiman bin Masrur dan Ibnu Al-Qasaari, Yahya bin Thabit Al-Fahri, Abu Bakar Al-Umawi, Ibnu As-Syeikh dan Ibnu Umar Al-Juhny, Mahbub Al-Khusyni, Abu Ishak Al-Fahmi dan Ibnu Samiq, Juudi Ibnu Othman, Ibnu Damji Al-Quwaidis, As-Soidalaani, Az-Zarqooni, Ibnu Al-Baghuunas dan Abu Al-Matraf Al-Laghmi, Ibnu Al-Khiat, serta At-Tamimi At-Tolaitali dan ramai lagi.









Ayat Hari Ini

Hadis Hari Ini

Doa Hari Ini

Peristiwa Bulan Ini

Bandar Islam

Tokoh Islam





Gelap malam pasti terang sang mentari pasti datang kesesatan perjalanan rahmat tuhan menentukan..yeeahh

 

webmaster@mymasjid.net.my