Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Nikah > Bab Galakan Supaya Berkahwin Kepada Orang Yang Terlalu Ingin Berkahwin Dan Telah Mempunyai Perbelanjaan Iaitu Saraan Hidup. Sementara Orang Yang Tidak Mempunyai Perbelanjaan Iaitu Saraan Hidup Hendaklah Selalu Berpuasa
    Hadis Abdullah bin Mas'ud r.a: Diriwayatkan daripada Alqamah r.a katanya: Aku pernah berjalan-jalan di Mina bersama Abdullah r.a. Kami bertemu dengan Othman r.a yang kemudian menghampiri Abdullah r.a. Setelah berbincang beberapa ketika, Othman r.a bertanya: Wahai Abu Abdul Rahman: Mahukah aku jodohkan kamu dengan seorang perempuan muda? Mudah-mudahan perempuan itu akan dapat mengingatkan kembali masa lampaumu yang indah. Mendengar tawaran itu Abdullah r.a menjawab: Apa yang kamu ucapkan itu adalah sejajar dengan apa yang pernah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w kepada kami: Wahai golongan pemuda! Sesiapa di antara kamu yang telah mempunyai keupayaan iaitu zahir dan batin untuk berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin. Sesungguhnya perkahwinan itu dapat menjaga pandangan mata dan menjaga kehormatan. Maka sesiapa yang tidak berkemampuan, hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu dapat mengawal iaitu benteng nafsu.info
webmaster@mymasjid.net.my