Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Nikah > Bab Persetujuan Janda Untuk Berkahwin Ialah Dengan Kata Kata Yang Diucapkan Olehnya Manakala Gadis Pula Memadai Dengan Diam
    Hadis Abu Hurairah r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda: Jangan mengahwinkan seorang perempuan janda sehinggalah diminta persetujuan serta mengadakan perbincangan dan jangan mengahwinkan seorang gadis sehinggalah diminta persetujuannya. Para sahabat bertanya: Bagaimana hendak mengetahui persetujuan seorang gadis. Baginda menjawab: Dia diam.info
    Hadis Saidatina Aisyah r.a: Aku telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w tentang seorang jariah yang akan dikahwinkan oleh keluarganya adakah perlu meminta keizinan serta persetujuan atau tidak perlu? Lalu Rasulullah s.a.w memberitahu kepada Aisyah: Ya! Hendaklah diminta persetujuannya. Saidatina Aisyah menyambung lagi: Aku memberitahu lagi kepada Baginda bahawa jariah itu seorang pemalu. Rasulullah s.a.w memberitahu persetujuannya sekarang ialah diam.info
webmaster@mymasjid.net.my