Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Nikah > Bab Perempuan Yang Telah Diceraikan Sebanyak Tiga Kali Iaitu Talak Bain Tidak Halal Iaitu Tidak Boleh Berkahwin Dengan Bekas Suaminya Sehinggalah Dia Dikahwini Dan Disetubuhi Oleh Lelaki Lain Kemudian Dia Diceraikan Serta Cukup Idahnya
    Hadis Saidatina Aisyah r.a katanya: Isteri Rifaah telah datang menemui Nabi s.a.w seraya berkata: Aku pernah menjadi isteri kepada Rifaah tetapi dia telah menceraikan aku sebanyak tiga kali kemudian aku telah berkahwin dengan Abdul Rahman bin Az-Zubair. Tetapi apa yang aku rasai bersamanya seperti bulu-bulu kain iaitu tidak bahagia bersamanya. Rasulullah tersenyum dan berkata: Adakah kamu ingin kembali semula bersama Rifaah, tetapi kamu tidak boleh bersamanya sehinggalah kamu merasai kenikmatan berjimak dengannya dan dia merasai kelazatan jimak bersama kamu. Aisyah menyambung lagi: Ketika itu Abu Bakar bersama baginda dan Khalid berada di pintu menunggu keizinan untuk masuk, lalu Khalid memanggil Abu Bakar dan bertanya: Wahai Abu Bakar! Adakah kamu dengar apa yang dia nyatakan kepada Rasulullah s.a.w?.info
webmaster@mymasjid.net.my