Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Cerai > Bab Haram Menceraikan Isteri Yang Sedang Haid Tanpa Izinnya. Sekiranya Dilakukan Juga, Maka Cerainya Sah, Tetapi Suami Diperintahkan Supaya Merujuknya Kembali
    Hadis Ibnu Umar r.a: Sesungguhnya dia telah menceraikan isterinya dalam keadaan haid. Perkara itu terjadi pada zaman Rasulullah s.a.w. Maka masalah itu ditanya oleh Umar bin Al-Khattab kepada Rasulullah s.a.w. Lalu baginda bersabda: Perintahkan supaya dia merujuk kembali kepada isterinya. Kemudian biarkanlah sampai isterinya suci, kemudian haid lagi, kemudian suci sekali lagi. Setelah itu terpulanglah kepadanya samada mahu terus kekal ataupun mencerainya, tetapi itu semua sebelum terjadi persetubuhan. Itulah tempoh idah yang diperintahkan oleh Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Agung untuk wanita yang diceraikan.info
webmaster@mymasjid.net.my