Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Cerai > Bab Wajib Membayar Kifarat Iaitu Denda Bagi Orang Yang Mengharamkan Isterinya Tetapi Dia Tidak Berniat Untuk Menceraikannya
    Hadis Ibnu Abbas r.a: Sesungguhnya dia pernah mengatakan mengenai masalah orang yang mengharamkan isterinya, itu merupakan suatu sumpah yang harus dia membayar kifaratnya. Selanjutnya Ibnu Abbas berkata, Allah telah berfirman: لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ Yang bermaksud: Sesungguhnya untuk kamu dalam diri Rasulullah s.a.w adalah contoh teladan yang baik.info
    Hadis Aisyah r.a: Sesungguhnya Nabi s.a.w berada di rumah Zainab binti Jahsyin, baginda meminum susu, maka aku dan Hafsah bersepakat, sesiapa di antara kami berdua yang akan ditemui oleh Nabi s.a.w nanti, dia mesti mengatakan kepada Rasulullah s.a.w: Sesungguhnya aku mencium bau getah pokok urfuth dari kamu. Adakah kamu baru saja memakannya? Kemudian baginda menemui salah seorang dari kami, langsung saja pertanyaan tersebut diajukan kepada baginda. Tetapi baginda menjawab: Bahkan aku baru sahaja minum madu di rumah Zainab binti Jahsyin, aku bersumpah tidak mengulanginya lagi. Lalu Allah menurunkan firman-Nya: وَإِذْ أَسَرَّ النَّبِيُّ إِلَي بَعْضِ أَزْوَاجِهِ حَدِيثًا Yang bermaksud: Dan ingatlah ketika Nabi membicarakan secara rahsia kepada salah seorang dari isteri-isterinya iaitu Hafsah mengenai satu peristiwa ialah kerana sabda baginda: Bahkan aku minum madu.info
webmaster@mymasjid.net.my