Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Cerai > Bab Penjelasan Mengenai Memberi Pilihan Kepada Isteri Bukanlah Bererti Perceraian Kecuali Disertai Dengan Niat
    Hadis Aisyah r.a katanya: Ketika Rasulullah s.a.w disuruh untuk memberikan pilihan kepada isteri-isterinya, baginda mulai dengan aku. Baginda bersabda: Aku akan menyampaikan sesuatu kepadamu dan aku harap kamu tidak terburu-buru mengambil suatu keputusan sebelum kamu pertimbangkan dengan kedua orang tuamu. Kata Aisyah r.a aku sudah tahu bahawa kedua orang tuaku sama sekali tidak menghendaki berpisah dengan baginda apatah lagi menyuruhku. Kemudian baginda bersabda: Sesungguhnya Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Mulia berfirman: يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ إِنْ كُنْتُنَّ تُرِدْنَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا وَزِينَتَهَا فَتَعَالَيْنَ أُمَتِّعْكُنَّ وَأُسَرِّحْكُنَّ سَرَاحًا جَمِيلًا وَإِنْ كُنْتُنَّ تُرِدْنَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَالدَّارَ الْآخِرَةَ فإِنَّ اللَّهَ أَعَدَّ لِلْمُحْسِنَاتِ مِنْكُنَّ أَجْرًا عَظِيمًا Yang bermaksud: Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu: Jika kamu sekalian inginkan kehidupan dunia dan segala perhiasannya, maka marilah akan kuberikan kepadamu mut'ah dan aku ceraikan kamu dengan cara yang baik dan jika kamu sekalian inginkan keredaan Allah dan Rasul-Nya serta kesenangan di negeri Akhirat, maka sesungguhnya Allah menyediakan bagi siapa yang berbuat baik di antara kamu pahala yang besar. Aku berkata: Jadi tentang soal inikah aku disuruh untuk meminta pertimbangan daripada dua orang tuaku? Sesungguhnya aku menghendaki Allah dan Rasul-Nya serta kesenangan di negeri Akhirat. Ternyata isteri-isteri Rasulullah s.a.w yang lain juga mengikuti apa yang aku lakukan itu.info
    Hadis Aisyah r.a katanya: Selepas diturunkan firman Allah: تُرْجِي مَنْ تَشَاءُ مِنْهُنَّ وَتُؤْوِي إِلَيْكَ مَنْ تَشَاءُ Yang bermaksud: Engkau boleh menangguhkan sesiapa yang engkau kehendaki dari mereka iaitu isteri-isterimu dan engkau boleh mendampingi sesiapa yang engkau kehendaki. Setiap kali tiba waktu Rasulullah s.a.w untuk bersama dengan isteri-isteri baginda yang lain. Baginda selalu meminta izin terlebih dahulu daripadaku. Suatu hari Muazah bertanya kepadaku: Apakah yang kamu katakan jika Rasulullah s.a.w meminta izin darimu? Aku menjawab: Jika Rasulullah s.a.w meminta izin dariku pasti aku tidak akan membiarkan seorang pun melebihi aku.info
    Hadis Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah memberikan pilihan kepada kami dan kami tidak menganggap itu sebagai talak.info
webmaster@mymasjid.net.my