Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Cerai > Bab Berakhirnya Tempoh Idah Perempuan Yang Kematian Suami Dan Selain Daripadanya Ialah Dengan Melahirkan Anak
    Hadis Subai'ah r.a: Umar bin Abdullah telah mengutus surat kepada Abdullah bin Utbah menceritakan bahawa Subai'ah memberitahu: Sesungguhnya Subai'ah adalah isteri Saad bin Khaulah dari Bani Amir bin Lu'ay. Dia salah seorang yang turut serta dalam peperangan Badar. Suaminya meninggal ketika Haji Wida', pada saat itu dia sedang hamil. Setelah kematian suaminya, tidak berapa lama kemudian dia melahirkan. Ketika dia sudah merasa sihat dan suci dari nifas, dia berdandan dan menemui Umar bin Al-Khattab. Kebetulan pada waktu itu seorang lelaki dari Bani Abdul Dar bernama Abu Sanabil bin Ba'kak berada di sana. Lelaki itu berkata kepada Subai'ah: Aku lihat kamu sudah berdandan, barangkali kamu ingin berkahwin lagi? Demi Allah! Sesungguhnya kamu tidak boleh berkahwin sehingga kamu menjalani tempoh idahmu selama empat bulan sepuluh hari. Subai'ah berkata: Ketika mendengar ucapan lelaki itu, aku segera mengumpulkan pakaianku dan aku menemui Rasulullah s.a.w untuk menanyakan masalah tersebut. Kemudian Rasulullah s.a.w memberikan fatwa kepadaku dengan sabdanya: Bahawa tempoh idahku sudah berakhir dengan kelahiran anak. Baginda menyuruhku supaya berkahwin lagi jika aku mahu.info
    Hadis Ummu Salamah r.a katanya: Suwaibah Al-Aslamiyah telah mengalami nifas beberapa malam setelah kematian suaminya. Ketika perkara itu disampaikan kepada Rasulullah s.a.w, baginda mengesyorkan supaya dia berkahwin lagi.info
webmaster@mymasjid.net.my