Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Ilmu > Bab Larangan Mengikuti Ayat Ayat Al Quran Yang Masih Kesamaran (ayat Mutasyabihat) Maknanya. Peringatan Kepada Orang Orang Yang Mengikuti Ayat Tersebut. Larangan Berselisih Pendapat Mengenai Ayat Al Quran
    Hadis Saidatina Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w membaca firman Allah: هُوَ الَّذِى أَنْزَلَ عَلَيْكَ الْكِتَابَ مِنْهُ آيَاتٌ مُحْكَمَاتٌ هُنَّ أُمُّ الْكِتَابِ وَأُخَرُ مُتَشَابِهَاتٌ فَأَمَّا الَّذِينَ فِى قُلُوبِهِمْ زَيْغٌ فَيَتَّبِعُونَ مَا تَشَابَهَ مِنْهُ ابْتِغَاءَ الْفِتْنَةِ وَابْتِغَاءَ تَأْوِيلِهِ وَمَا يَعْلَمُ تَأْوِيْلَهُ إِلَّا اللَّهُ وَالرَّاسِخُونَ فِى الْعِلْمِ يَقُوْلُونَ آمَنَّا بِهِ كُلٌّ مِنْ عِنْدِ رَبِّنَا وَمَا يَذَّكَّرُ إِلَّا أُولُو الْأَلْبَابِ Yang bermaksud: Dialah yang menurunkan kepadamu Wahai Muhammad kitab suci Al-Quran. Sebahagian besar daripadanya ialah ayat-ayat muhkamat (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya), ayat-ayat muhkamat itu ialah ibu atau pokok isi Al-Quran dan yang lain lagi ialah ayat-ayat mutasyabihat yang samar-samar serta tidak terang maksudnya. Oleh sebab itu timbullah fahaman yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing. Adapun orang-orang yang ada di dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar daripada Al-Quran untuk mencari-cari takwilnya memutarkan maksudnya menurut yang disukainya. Padahal tidak ada yang mengetahui takwilnya melainkan Allah dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama. Mereka berkata: Kami beriman kepadanya. Semuanya datang dari sisi Tuhan kami dan tiada yang mengambil pelajaran melainkan orang-orang yang berfikiran. Setelah selesai Saidatina Aisyah berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila kamu melihat orang-orang yang mengikuti ayat-ayat yang mutasyabihat iaitu samar-samar dari Al-Quran, maka mereka itulah orang-orang yang telah disebut oleh Allah. Oleh itu berhati-hatilah terhadap mereka.info
webmaster@mymasjid.net.my